budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 54
“Siapa mamat hensem tu Fathia ? Muka dia ala-ala macam Aaron Aziz lah weh,” , ujar Izzati apabila mereka sudah selamat berada di dalam kereta.

"Aaron Aziz ?" , Fathia cuba membayangkan semula wajah pemuda tersebut.

“Entah. Aku pun tak tahu.” , jawab Fathia selamba.

“Elleh , pakwe barulah tu. Tak nak bagitahu aku pun.” , Izzati meneka. Fathia menaikkan keningnya.

“Nama pun tak tahu , jadi pakwe apanya.” , balas Fathia. Kali ini , Izzati pula yang menaikkan keningnya.

“Aik ?Aku tengok punya mesra kau dengan dia , tiba-tiba kau cakap kau tak tahu nama dia ?” , tanya Izzati pelik. Fathia hanya tersenyum.

“Yalah Cikgu Izzati. Saya tak tipu.” , jawab Fathia dengan bersungguh-sungguh. Izzati hanya mendiamkan diri.

***

“Assalamualaikum ibu.”, ucap seseorang di depan pintu rumah banglo dua tingkat itu.

“Waalaikumsalam. Dah balik dah anak ibu ?” , tanya Puan Maznah apabila melihat anaknya sudah pulang.

“Azim ada emergency case tadi. Tu yang lambat.” , jawab pemuda yang bernama Azim itu. Dia terus mencium tangan ibunya lalu terus naik ke kamarnya yang berada di tingkat atas.

“Wah , sedapnya dapat baring.” , ujarnya apabila sudah terbaring di atas katilnya. Dia memandang ke atas. Seperti sdang memikirkan sesuatu.

“Siapa nama perempuan tadi tu ek ? Kenapalah aku ni bengap sangat ? Dah tiga kali terjumpa , tapi nama pun tak tahu.” , dia membebel seorang diri.

“Kawan dia kata tadi , dia doktor…”

“Hah ! Pergi cari dia dekat hospital !” , jerit Azim seperti orang yang menang loteri. Tiba-tiba , pintu biliknya dikuak.

“Ni dah kenapa terjerit-jerit ?” , seorang perempuan dalam lingkungan 17 tahun masuk ke dalam bilik Azim. Terkejut Azim dibuatnya.

“Aida Amani , kalau masuk bilik orang tu boleh tak ketuk dulu ?” , ujar Azim kepada tubuh dihadapannya itu.

“Adik nak study lah. Bukan nak dengar abang memekak. “ , bebel Aina Amani lagi. Azim mengajuk ayat adiknya itu.

“Abang !” , jerit Aida. Dia mencebikkan bibirnya.

“Ya Allah! Kamu berdua ni tak sah kalau sehari tak bertekak. Ada je yang tak kena.” , bebel Puan Aina yang tiba-tiba menerjah masuk ke kamar Azim.

“Abang ni ha ,menjerit macam orang gila.” , tuduh Aida. Azim mengecilkan matanya ke arah Aida.

“Mana  ada.” , balas Azim pula.Mahu mempertahankan dirinya.

“Dah , diam. Azim , pergi mandi sana. Aida , masuk bilik kamu.” , arah Puan Maznah yang dipanggil ibu oleh anak-anak mereka. Masing-masing hanya menurut.

“Apabila Puan Maznah dah marah , inilah makannya.” , seloroh Azim menyebut nama ibunya. Puan Maznah bercekak pinggang dihadapan Azim.

“Okay ibu. Azim pergi mandi dulu ya.” , katanya sambil tersengih. Terus dia berlari masuk ke tandas biliknya.

***

“Nurse , tolong semak fail pesakit katil nombor 4.” , arah Azim kepada jururawat yang berada di kaunter.

“Baiklah doktor.” , balas jururawat itu. Tiba-tiba , ada seorang doktor perempuan datang ke kaunter. Berdiri disebelah Azim.

“Nurse , saya nak minta fail pesakit dekat wad Kenanga 2.” , minta doktor perempuan itu. Azim memandangnya. Dahinya berkerut.

“Awak ?” , tanya Azim kepada doktor yang ayu bertudung itu. Fathia menoleh ke sisinya. Matanya bulat memandang tubuh disisinya itu.

“Awak kerja dekat sini ?” , tanya Fathia pelik. Dia tidak menyangka bahawa pemuda yang sering terserempak dengannya itu bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan dirinya. Juga seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur.

“Ya , dah setahun.” , jawab Azim sambil tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang. Orang yang dicari rupanya ada di depan mata. Tidak perlulah susah-susah dia menjejaki satu-persatu hospital yang ada di Kuala Lumpur ini untuk mencarinya. 

“Oh , saya baru lagi dekat sini.” , jawab Fathia. Dia menatap lagi mata coklat pemuda itu. Dia mengelamun.

“Awak.” , kejut Azim sambil menggerak-gerakkan tangannya dihadapan muka Fathia. 

“Sorry , what did you say just now ?”, Fathia tersedar daripada lamunannya. Azim hanya menggeleng.

“I got to go now. My patients are waiting for check up.”, Fathia meminta izin. Dia menoleh ke arah kaunter semula. Mengambil fail yang telah disediakan oleh jururawat disitu. Dia sudah mahu mula melangkah , meninggalkan tempat itu.

“Wait doc.” , Azim menjerit kecil. Fathia memandang ke belakang semula.

“Saya Muhammad Azim Haikal. Just call me Azim. Awak ?” , Azim memperkenalkan diri. Inilah masa yang sesuai untuk bertanya. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang sudah tersedia di depan mata begitu saja.

“Oh ya. Saya Nur Fathia Umaira. Dr. Fathia.” , jawab Fathia lalu memberikan senyuman ikhlas kepadanya. Kemudian , dia terus berlalu meninggalkan Azim seorang diri.

"Yahoo !" , Azim berkata di dalam hati.

OLDER POST / NEWER POST