budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 40
Hampir sebulan umat Islam telah berpuasa , maknanya hampir sebulan juga mereka telah menimba ilmu baru. Beberapa minggu saja lagi , PMR bakal menjelang tiba. Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa dirayakan dengan sederhana. Mereka mahu memfokuskan tentang peperiksaan PMR yang sudah semakin menghampiri.

“Ma , kita beli baju raya sepasang jelah okay .” , kata Fathia kepada mamanya.Puan Alia hanya mengangguk. Dia membelek baju kurung yang ada dihadapannya.

Fathia sekeluarga kini sedang berada di pusat beli- belah Jusco , mahu membeli baju raya. Almaklumlah , sebelum ini mereka tidak berkesempatan untuk keluar. Hari ini , hari terakhir berpuasa baru mereka boleh keluar. Membeli apa yang masih belum lengkap. Kelihatan berduyun-duyun orang datang ke situ.Memang tidak dinafikan , rakyat Malaysia kebanyakannya suka memborong pada saat-saat akhir.

“Warna purple ni okay ?” , tanya Puan Alia. Fathia tersenyum lebar.

“Cantik.” , jawabnya sepatah. Kemudian , Puan Alia meneruskan dengan pencarian baju raya untuknya dan untuk suaminya.

“Pa , Thia duduk kat bangku tu tau.” , Fathia memberitahu Encik Fariz. Mungkin sudah keletihan menunggu mama dan papanya itu.

Dia melabuhkan punggungnya di bangku kosong itu. Dia mengerutkan dahinya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Siapa yang hantar surat tu lagi eh?” , tanya Fathia kepada dirinya sendiri. Seminggu yang lepas , dia mendapat satu lagi surat misteri. Masih menggunakan ketas kecil berwarna hijau.

“Ada budak kirim salam dekat kau.”

Ayat itu berlegar-legar difikirannya.

“Siapa ? Siapa ? Siapa ?” , Fathia bermonolog. Dahinya masih berkerut.

“Assalamualaikum.” , sapa seseorang disisi Fathia. Fathia agak terkejut.

“Waalaikum…salam.” , jawab Fathia. Dia bangun dari bangku itu. Melihat wajah dihadapannya dari atas hingga ke bawah.

“Tengku Ihsan.” , ayat itu meluncur keluar dari bibir Fathia.Dia kelihatan sungguh segak dengan kemeja yang berwarna peach dan berseluar jeans hitam.

“Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini.” , ujar Ihsan dengan gembira.

“Ya. Buat apa dekat sini ?” , tanya Fathia tersipu malu.

“Biasalah , shopping.” , jawab Ihsan sambil tersenyum.

"Oh , I see.", jawab Fathia.

"Sebelum saya lupa , saya nak ucap selamat untuk PMR nanti." , ujar Tengku Ihsan.Fathia hanya mengangguk lalu memberikan senyuman kepadanya.

“Eh , okaylah. I got to go. My mom and dad are waiting for me.” , Fathia meminta izin untuk beredar dari situ. Dia sebenarnya malu berhadapan dengan Tengku Ihsan.

“Okay , semoga berjumpa lagi. InsyaAllah.” , balas Ihsan. 

Dengan lajunya , Fathia masuk ke kedai di mana papa dan mamanya berada. Pipinya masih berona kemerahan. Menahan malu ketika berjumpa Tengku Ihsan agaknya.

***

“Assalamualaikum , Encik Fariz.” , Encik Aidil memberi salam bagi pihak keluarganya.

Hari Raya Aidilfitri yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Encik Fariz , Puan Alia dan Fathia tidak pulang ke kampung pada tahun ini. Begitu juga dengan keluarga Amin. Masing- masing mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan PMR yang bakal dihadapi oleh anak-anak mereka.

“Waalaikumsalam. Mari masuk.” , ajak Encik Fariz sambil mengukirkan senyuman kepada tetamunya.

Selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya di surau , Encik Aidil mengambil keputusan untuk menziarahi jiran tetangganya. Tidak banyak bezanya beraya di bandar dan beraya di kampung. Ketupat masih dianyam sendiri. Kuih raya juga ada berbagai-bagai jenis. Senang kata , cukup semuanya.

“Cantik baju.” , perli Amin apabila melihat Fathia mengenakan baju yang hampir sama dengan warna bajunya.

“Kau tiru aku eh ?” , ujar Fathia perlahan. Takut didengari oleh mama dan papanya.

“Sorry , tak ada maknanya aku nak tiru kau.” , jawab Amin lagi. Fathia hanya tersenyum melihat wajah Amin.

“Eh , sekejap eh. Aku nak masuk dapur.” , Fathia meminta izin. Dia berjalan ke arah dapur lalu membuka peti sejuknya. Dia mengambil pinggan yang ada di dalam peti sejuk itu.

“Nah , makanlah.” , Fathia menjemput semua tetamunya. Amin mengerutkan dahinya.

“Kek coklat , Fathia buat semalam.” , jelas Puan Alia.

“Fathia buat ? Mesti sedap.” , puji Puan Aina lalu mengambil kek coklat yang telah dipotong kecil itu. Muka Puan Aina berubah. Fathia sudah takut.

“Sedap.” , Puan Aina menjawab sepatah. Fathia sudah tersipu malu. Kemudian , Amin pula merasa kek itu. Sesudah habis mengunyah , dia mengambil lagi kek itu.

“Mama dengan papa makan kuih lain okay. Biar Amin habiskan kek ni.” , kata Amin selamba. Mereka yang lain mentertawakan Amin. Tidak menyangka bahawa Amin sangat suka dengan kek coklat itu.


"Amin , Amin. Act like a kid. Memalukan." , Fathia membebel seorang diri.

OLDER POST / NEWER POST