budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 26
“Assalamualaikum , mama. Thia dah balik.” , ucap Fathia apabila dia sudah sampai dihadapan rumahnya. Kelihatan , Amin juga baru sampai ke rumahnya.

“Ingat tau.” , pesan Amin. Fathia menjelirkan lidahnya lalu terus masuk ke rumahnya. Amin hanya tersenyum kambing.

“Papa. " , sapa Fathia apabila melihat papanya sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

“Ni dari mana ni ? Berpeluh-peluh. Pergi mandi sana. Busuk.” , usik Encik Fariz. Fathia memuncungkan bibirnya. Kemudian , dia tersenyum kepada papanya.

“Yalah , orang nak naik atas lah ni. Nak mandi.” , jawab Fathia. Dia terus meninggalkan papanya lalu terus naik ke atas. Usai mandi , dia menunaikan solat Asar.

“Baru pukul 6 petang.” , kata Fathia apabila melihat jam dinding yang ada di kamarnya.Kemudian , dia baring di atas katilnya . Matanya menghadap ke atas , memandang siling. Dia teringat kata-kata Amin sewaktu berkejar-kejaran dengannya di taman tadi.

“Aku boleh maafkan kau. Tapi , dengan satu syarat.” , kata Amin. Fathia pelik mendengarnya.

“Alah , nak maafkan orang pun kena ada syarat ke ?” , tanya Fathia yang tidak berpuas hati.

“Mestilah.” , jawab Amin pendek.

“Yalah , yalah. Aku akan ikut segala syarat kau tu.” , keluh Fathia. Mahu saja dia menumbuk-numbuk wajah Amin yang ada dihadapannya itu.

“Okay , good girl.” , ujar Amin lalu tersenyum kepada Fathia.

Tiba-tiba , pintu biliknya dikuak . Lamunan Fathia terhenti. Puan Alia masuk ke kamar Fathia.

“Mama.” , kata Fathia.

“Anak mama dah mandi ? Dah solat?”, tanya Puan Alia dengan nada suara yang lembut.

“Dah wangi dah. Mama , boleh tak Thia nak belajar buat kek coklat yang selalu mama buat tu ?” , Fathia bertanya. Puan Alia mengerutkan dahinya. Kemudian tersenyum.

“Mestilah boleh. Hari Ahad ni kita belajar sama-sama okay ?” , balas Puan Alia. Fathia hanya mengangguk  tanda setuju.

“Tapi kenapa tiba-tiba je nak belajar ?” , tanya Puan Alia lagi.

“Saja je. Teringin nak buat sendiri kek tu. Dah lama tak makan. Mesti sedap.” , Fathia berangan. Puan Alia hanya tersenyum melihat telatah anaknya.

“Dahlah. Mama nak mandi.” , kata Puan Alia lalu meninggalkan kamar puterinya itu.

***

“Mama , lepastu nak masukkan apa ?” , tanya Fathia kepada Puan Alia.

Seperti yang dijanjikan, Puan Alia akan mengajar Fathia membuat kek coklat hari ini. Kecah dapur dibuatnya. Almaklumlah , pengalaman pertama membuat kek sendiri. Sudah pasti agak kelam kabut.

“Masukkan lah serbuk koko tu.” , arah Puan Alia. Dia mengajar Fathia dengan sabar. Fathia hanya menurut kata mamanya.

“Kalau dah siap adun semua bahan , masukkan dalam mangkuk kuih tu. Lepastu , bakar dalam oven.” , Puan Alia menyambung sesi kelas masakannya. Fathia mengikut setiap arahan mamanya. Takut sekiranya kek itu tidak menjadi , haru jadinya.

Beberapa minit kemudian …

“Okay , done. Lepas ni buat apa ma ?” , tanya Fathia sebaik saja bahan yang telah diadun sudah selamat berada di dalam oven.

“Nak buat apa ? Tunggulah. Apa lagi.” , jawab Puan Alia selamba. Kemudian , dia bangun dari kerusi.

“Mama mahu tengok tv kat depan. Jaga kek tu tau. Kalau hangus, siap Thia.” , arah Puan Alia.

“Yalah mama.” , jawab Fathia malas. Dia meletakkan kepalanya di atas meja sementara menunggu kek itu siap.

***

“Mama , kek dah tak ada ! “ , jerit Fathia. Puan Alia yang terkejut mendengar suara Fathia terus menuju ke dapur. Kemudian , dia tersenyum.

“Dah bangun dah anak mama ?” , tanya Puan Alia.

“I’m sorry ma. Thia tertidur. Mesti kek dah hanguskan ma ?” , kata Fathia perlahan. Rupa-rupanya dia tertidur di meja makan.  Riak wajahnya berubah seperti hendak menangis.

“Ambilkan mama air dalam peti ais boleh ?” , arah Puan Alia. Fathia hanya mengangguk.

Tiba-tiba , matanya terbuka besar. Dia sudah mula tersenyum gembira.

“Mama ! Thanks a lot mama ! You’re my superwoman.” , puji Fathia apabila melihat kek coklatnya masih elok rupanya. Tidak ada cacat atau hangus sedikit pun.

“Nasib baik mama pergi dapur. Kalau tak , habislah kek Thia.” , ujar mamanya. Fathia hanya tersenyum seperti kerang busuk.

“Thia potong eh kek ni ?” , Fathia meminta kebenaran dari Puan Alia. Mamanya hanya mengangguk.

“Erm , sedapnya.” , puji Fathia dalam hati. Kemudian , dia pergi ke ruang tamu sambil membawa sepinggan kek coklat yang telah dipotongnya.

***

“Izzati , hari ni kita rehat dekat pondok depan bengkel tu je lah eh ?” , ajak Fathia. Izzati memandangnya pelik.

“Tapi kita nak makan apa ?” , tanya Izzati. Fathia hanya tersenyum .

“Kek coklat ! Buatan Fathia.” , ujarnya lalu mengeluarkan ibu jarinya membuat isyarat bagus.

“Wah , mesti sedap.” , puji Izzati. Dia memang pantang mendengar perkataan coklat. Semuanya di sapu habis sehingga licin.

“Tapi jangan lupa ajak Amin dan Ammar sekali tau.” , kata Fathia lagi. Muka Izzati berubah.

“Kenapa ? Bukan kau tak suka ke budak dua orang tu menyibuk ?” , balas Izzati.

“Alah , ajak je lah. Aku bawa banyak ni.” , jawab Fathia malas.

"Okay.", balas Izzati.

***

“Thia , betul ke ni kau yang buat ?” , Ammar bertanya kepada Fathia. Fathia mengerutkan dahinya.

“Yalah. Kenapa ? Tak sedap ke ?” , tanya Fathia cemas. Kemudian Ammar tersengih.

“Sedap ! Sedap sangat !” , komen Ammar. Terperanjat semua orang yang ada disitu.

Mulut Izzati sudah dipenuhi dengan kek. Sama saja seperti Ammar. Gila coklat. Yang tinggal hanya Amin dan Fathia. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Kau nak sangat kan ? Apasal tak makan ?” , tanya Fathia perlahan. Rupa-rupanya , inilah syarat yang Amin kenakan kepadanya. Fathia harus membuat kek coklat air tangannya sendiri.Amin hanya tersenyum kepada Fathia.

“Ada syarat kedua.” , jawab Amin. Fathia agak terkejut.

“Kau tak ada cakap pun masa tu. Mana boleh !” , Fathia membalas perlahan. Takut didengari oleh Izzati dan Ammar yang ada disitu.

“Kau dah janji nak ikut semua syarat aku kan?” , Amin mengingatkan kembali janji Fathia. Fathia menjegilkan matanya.

“Yalah , yalah. Aku ikut.” , tanya Fathia.Mukanya masam mencuka.

Apakah syarat kedua itu ? Nantikan episod seterusnya.

OLDER POST / NEWER POST