budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
Cinta Muka Buku - Episod 2

Memandangkan hari ini hari minggu , aku hanya duduk di rumah. Mahu berehat seketika menenangkan fikiran yang agak sedikit kusut. Mana tidaknya , kusut dengan kerja dan masalah mama. Masalah mama ? Masalah apa lagi kalau bukan masalah anak dara dia ni yang tak kahwin-kahwin lagi. Aduh mama ni pun , kalau dah kempunan sangat nak cucu , ambil je lah cucu angkat. Kan senang. Banyak pahala mama dapat. Mataku masih setia memandang skrin laptop dihadapanku. Alahai , kenapalah hari ini sungguh membosankan. Bunyi deringan telefon bimbitku membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Terus aku mencapainya tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamualaikum , wahai cik doktor. Busy ke ?" , sapa satu suara yang cukup aku kenali. Siapa lagi kalau bukan cik Mia kita yang comel bak Minnie Mouse tu.

"Waalaikumsalam. Apasal tanya soalan macam tu ?" , balasku yang agak sedikit pelik dengan pertanyaannya. Terdengar hilaian ketawa di hujung talian. Aik ? Aku tengah cakap dengan pontianak ke ni ?

"Tak adalah. Ingatkan nak ajak kau teman aku pergi cari bakal suami. Tapi kau macam sibuk dengan Facebook je. Mana nak pandang aku ni." , rajuk Mia. Sekejap , cari bakal suami ? Ini nak memerli aku ke apa ? Berasap telinga ni. Amboi , mulut laser mengalahkan Nas Ahmad dalam Melodi. Eh , bukan dah tukar orang ke ? Ahh , lantaklah.

"Dah menggatal sangat nak kahwin kan ? Pergilah sana." , jawabku sambil mataku menatap sesuatu di skrin laptop. Hensemnya mamat Facebook ni. Tergugat imanku tatkala melihat wajahnya. Tetapi terdapat dua orang lelaki yang ada di Profile Picture miliknya. Mana satu pemiliknya eh ? Eh , aku ni dah kenapa ? Angau tak tentu pasal.

"Woi , kau ni ada ke tidak ?!" , jerit Mia dihujung talian. Ops , lupa pula aku tengah on the phone dengan budak ni. Aku menekan butang Home semula. Tidak terlintas di dalam hati untuk menghantar Friend Request kepada manusia yang telah membuat aku sedikit terpegun dengan kekacakannya itu.

"I'm still here. Nak apa ?" , tanyaku malas. Mia mendengus perlahan.

"Nampak sangat kau berangan tadi. Aku cakap pun kau tak dengar. Aku nak ajak kau pergi jalan-jalan. Jomlah. Please..." , terdengar suara manja Mia memujukku. Aku sekadar tersenyum. Dari bosan duduk kat rumah ni , lebih baik ikut saja cadangan si doktor ni.

"Okay , tempat biasa. Kau belanja. Assalamualaikum." , aku terus menamatkan talian. Haa  , kejam gila kau Arissa. Eleh , kisah apa aku. Dia yang ajak , tak reti-reti nak belanja ? Hahaha.

+++

“Ma , Arissa nak keluar ni. Nak jumpa Mia. You want something ?" , soalku kepada mama sambil menghirup segelas jus oren yang sudah tersedia di atas meja makan. 

“Hmm , nanti balik bawakan mama seorang menantu ya. Cari yang muka ala-ala Aaron Aziz ke Fahrin Ahmad ke. Haa , itu saja.” , seloroh Datin Aida. Aku hampir-hampir tersedak. Nasib baik tak terhembus keluar air yang baru selamat mendarat di dalam mulut ni.

“Mama !”

“What ? Mama salah cakap ke ? , wajahku direnung mama. Aku sangat mengerti maksud renungan itu. Mama ni , suka buat drama tengah hari macam ni.

"Ma , I have to go now. Takut Mia dah tunggu lama." , aku meminta diri apabila melihat jam sudah menginjak ke jam 11.30 pagi. Ini pun salah satu taktik untuk melarikan diri. He he he. 

Aku terus menyalami mama dan mencium kedua-dua belah pipinya. Tanganku pantas mencapai beg tangan jenama Gucci yang dibeli oleh papa setahun yang lalu. Hadiah tu , rugi kalau tak guna. Aku terus keluar ke tempat rak kasut. Sepasang kasut tanpa tumit disarungkan ke kakiku. Pintu kereta Honda City dibuka lalu aku memboloskan diri ke dalamnya. Enjin dihidupkan , tali pinggang keselamatan telah dipakai. Mia , I'm coming !

###

“Arissa Sofea. What a beautiful name. And also a beautiful face.” , Arief terpersona melihat Profile Picture milik seorang wanita bertudung litup yang terpampang di News Feed. Laju tangannya menekan butang Add Friend. Arief tersenyum sendiri.

Dia mengerling jam yang terpampang didinding biliknya. Tepat jam 10.30 malam. Kalau dia berada di rumah Akhmal , sudah tentu dia sudah berjoli sakan di kelab sejak sejam yang lalu. Dia masih berkira-kira sama ada mahu keluar atau tidak.

“Sayang , you jadi datang tak ? I rindu kat you lah baby.”

Satu kiriman ringkas diterima oleh Arief. Tanpa berlengah lagi dia terus menukar pakaiannya. Apabila sudah selesai , suis pendingin hawa ditutup. Dicapai kunci keretanya lalu turun ke tingkat bawah.

"Arief nak pergi mana ? Dah lewat malam ni." , tegur Puan Zara apabila melihat anaknya melintasi ruang tamu. 

"Keluarlah bu. Macam biasa." , jawabnya acuh tak acuh.

"Arief , mari duduk sini. Dengan papa , dengan ibu." , ajak Tuan Imran yang sedari tadi duduk disebelah isterinya. Arief mengeluh perlahan.

"Tapi , Arief dah lambat." , Arief mencari alasan untuk keluar.

"I said come here. Don't make any excuse." , Tuan Imran menggunakan kuasa vetonya sebagai ketua keluarga. Arief tidak mampu membuat apa-apa. Perlahan , dia menuju ke arah papa dan ibunya itu.

"Sampai bila nak jadi macam ni ? Papa tahu kamu nak keluar ni sebab nak ke kelab malam lagi. Nak minum sampai mabuk. Nak pergi layan perempuan yang entah datang dari mana. Ya kan ?" , perli Tuan Imran. Arief seperti sudah dapat mengagak apa yang bakal dikatakan oleh kedua orang tuanya itu. Dia mengeluh lemah.

"Kamu sedar tak yang kamu tu Islam ? Kamu tahu tak apa yang kamu minum tu haram ? Tahu tak apa yang kamu buat ni maksiat ? Tak takut ke balasan yang Allah akan bagi kat kamu ?" , suara Tuan Imran yang agak kuat berjaya memeranjatkan Arief dan Datin Zara. Arief mengangguk perlahan.

"Tak cukup ke didikan agama yang kami bagi pada kamu selama ni ?”, herdiknya kepada Arief.

"Cukup." , jawabnya pendek. Dia tunduk menghadap lantai.

"So , you want to become like this until the end of your life ? Papa dengan ibu dah penat nasihatkan kamu. Kamu boleh buat apa yang kamu suka. But you know what ? Papa rasa macam nak tarik semua kemudahan yang papa dah berikan kepada kamu.. Papa tak ingin nak sedekahkan harta papa pada jalan maksiat.”, ayat Tuan Imran membuatkan jantung Arief seperti mahu berhenti.

Arief terus bangun dari sofa. Niat untuk keluar sudah terbatal. Dia terus menaiki anak tangga , menuju ke biliknya.

###

“Arissa , kau tak rasa ke kita ni dah patut kahwin ? Tak takut ke kalau kita jadi andartu ?” , Mia menyuarakan pendapatnya kepada aku.

"Mulut tu jangan celopar sangat boleh tak wahai Doktor Mia ? Kau nampak tak pizza ni ? Nak aku sumbat sampai kau tercekik ?" , aku mengugut. Mana tidaknya , statement bahaya tu.

"Nak sumbat pizza ? Pun boleh. Kenyang perut aku ni." , Mia bergurau dihadapanku sambil tersengih. Lawak apa yang kau buat Mia oi. Tak kelakar langsung tahu !

"Dari layan kau , lebih baik aku layan pizza ni. Pizza tak ada mulut , tak adalah dia nak sakitkan hati aku. Tak macam kau." , balasku kepada Mia lantas aku mencapai sepotong pizza lalu memakannya. Fuhhh , terangkat habis ! Sebelah tanganku masih setia memegang erat Samsung Galaxy SII milikku. Apa lagi kerja aku kalau tak online kat Facebook tu. Setiap hari tak sah kalau tak online. Gerenti penuh dengan muka aku saja kat News Feed orang. Ha ha ha !

Aku membelek senarai nama yang menghantar Friend Request kepadaku. Ramainya makhluk asing yang nak jadi kawan aku. Sarkastik betul bunyinya. Ada yang aku Accept , ada juga yang aku Ignore. Tetapi ada satu Friend Request yang menarik perhatianku.

"Arief Mikhail" , secara tidak sengaja nama itu terkeluar dari mulutku.

"Wah , dah ada boyfriend bukan nak cakap kat aku ! Inilah kawan kan." , rajuk Mia lalu menyumbat aiskrim yang dipesannya ke mulut. Ceh , merajuk pun sempat makan lagi !

"Mana ada ! Ni friend request nak jadi kawan aku kat Facebook lah. Kalau aku ada boyfriend , dah lama aku bagitahu kau." , terangku kepadanya. Mia ni bukan boleh pakai sangat. Kalau tak diterangkan dengan sebetul-betulnya , tak pasal-pasal dia cerita kat mama yang aku dah ada kekasih hati. Bahaya wei !

"Apa tunggu lagi. Approve je lah. Manalah tahu , ada jodoh." , sakat Mia sambil ketawa terkekek-kekek.

Aku sekadar tersenyum melihat gelagatnya. Aku melihat kembali Profile pemuda sebentar tadi. Hmm , rupa boleh tahan. Works as an engineer. Not bad.

“Woi , kau buat apa tu ?” , sergah Mia. Tidak semena-mena , tanganku tertekan butang ‘Respond to the friend request’. Alamak ! Aku memandang tajam wajah Mia.

“Kau ni… tengok. Aku dah ter’approve’ mamat tadi. Bencilah.” , Mia masih lagi boleh menyuap Pizza terakhir ke dalam mulutnya. Tak nampak ke aku tengah marah ni ?

“Betullah apa yang kau buat tu. Rajin-rajinlah chat dengan dia. Mana tahu , ehem… ehem…” , Mia mengulang ayat yang hampir sama. Hampeh betul si doktor ni. Memang tak boleh pakai.

###

"Yes ! Yahoo ! Google ! Blog ! Facebook ! Twitter !" , Arief menjerit riang sambil terlompat-lompat di atas katilnya. Perangai sebiji macam budak kecil 5 tahun ! Mana tidaknya , Friend Requestnya telah diterima oleh empunya badan. Arissa Sofea , thank you baby ! Tanpa disedari , seseorang telah menerjah masuk biliknya. Barangkali berang kerana kebisingan yang dicipta oleh Arief sebentar tadi.

"Abang ni dah kenapa ? Yahoo lah , Google lah , Facebook lah. Nak promote apa ? Tahu tak bising. Orang nak study pun susah. " , bebel Aireen sambil bercekak pinggang. Garangnya adik aku ni ! Lelaki pun takut nak dekat.

"Ops , sorry sayang. Terkuat pulak suara merdu abang ni." , sempat lagi Arief memuji dirinya sendiri. Aireen membuat mimik muka sambil mengerutkan dahinya. Masuk troli tolak sendiri ! Tak malu !

"Haa , abang dah ada makwe baru lah tu kan. Ibu , tengok abang ni... " , belum sempat Aireen menghabiskan ayatnya , mulutnya sudah ditutup oleh Arief. Aireen meronta-ronta minta dia dilepaskan.

"Abang ni kan... Suka buat macam tu tau ! Dulu punyalah baik. Sekarang... bukan main lagi eh. " , Aireen memerli abangnya. Arief sekadar memalingkan wajahnya ke arah telefon bimbit miliknya.

"Ni semua sebab Kak Sara kan ? Kak Sara kan yang buat abang berubah sampai macam ni ?" Arief memandang sekilas wajah adiknya itu. Kalau ikutkan hatinya , memang dia mahu saja memarahi Aireen. Tatapi , dia cuba untuk menahan amarahnya. Arief mengambil tempat disebelah adiknya.

"Don't mention her name again , please..." , pinta Arief.

"Abang , tak boleh ke abang lupakan dia ?”

"Susah dik ! Susah ! I can't forget her ! She's my first love. I can't simply forget her in a split second. I'm not angel. I'm human. I got feeling. And I can't..." , dia tidak mampu menghabiskan ayatnya. Aireen memegang erat tangan abangnya itu. Menatap wajah yang selama ini sentiasa ceria kini sudah berubah menjadi wajah yang dipenuhi dengan duka.

"You can ! Believe me. Tapi abang kena ubah gaya hidup abang sekarang ni. Stop with the girls , clubing , and drinks. Bertaubat. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya. Please ?" , Aireen menasihati Arief dengan bersungguh-sungguh. 

“Yes darling !” , sahut Arief sambil menyentuh lembut pipi adiknya itu. Kemudian , mereka sama-sama tertawa.



OLDER POST / NEWER POST