budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 35
“Para peserta diminta untuk berada di dalam dewan kerana keputusan pertandingan akan diumumkan sebentar saja lagi.” , umum juruacara yang berada di dalam dewan.

Fathia , Amin , Izzati dan Ammar yang sedang sedap menjamu selera terus terhenti. Masing-masing bangun dari bangku yang mereka duduk lalu terus menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

“Baru nak makan , dah panggil.” , bebel Ammar. 

Mereka berempat baru saja keluar dari tempat pertandingan yang berlangsung di Bilik Bahasa lebih kurang lima minit yang lalu. Baru saja mahu memanaskan punggung , mereka di arah untuk pergi ke dewan pula.

“Thia , kau rasa kita menang ke ?” , tanya Izzati. Fathia hanya tersenyum. Tidak tahu mahu membalas apa. Tiba-tiba langkah mereka terhenti.

“Assalamualaikum , ingat saya lagi ?” , tanya seorang budak lelaki dihadapannya. Memakai baju kemeja berwarna kuning cair. Sudah pasti dia seorang pengawas sekolah. Fathia dan Izzati mengerutkan dahinya.

“Waalaikum…salam.Awak peserta SMK Dato' Penggawa Baratkan ?”, jawab Fathia teragak-agak. Takut tersalah orang.

“Ya , saya Tengku Ihsan.” , dia memperkenalkan diri. Sungguh berbudi bahasa. Dia juga mempunyai rupa yang agak kacak. Sesiapa saja yang melihatnya sudah pasti akan jatuh hati.

“Saya Fathia. Nur Fathia Umaira dan ini kawan saya Fatin Izzati.” , Fathia memperkenalkan dirinya dan juga Izzati. Kemudian , dia tersenyum ke arah lelaki dihadapannya itu.

“Fathia , jom. Cikgu dah panggil.” , Amin memanggil Fathia. Dia tidak sedar yang Fathia sedang berbual dengan orang lain.

“Ops , sorry.” , ucap Amin apabila melihat seorang lelaki yang agak sama dengan ketinggiannya sedang asyik berbual dengan Fathia.

“Tak apa. Saya Tengku Ihsan. “ , ujarnya lalu menghulurkan tangannya ke arah Amin. Amin memberikan senyuman lalu menyambut salam itu.

“Saya Amin , Muhammad Amin Raiqal.” , Amin pula memperkenalkan diri.

“Pakwe Fathia ke ?” , tanya Ihsan. Fathia , Amin dan Izzati yang mendengar soalan itu dengan jelas sudah mengerutkan dahi masing-masing.

“Eh , taklah. Kami cuma kawan rapat saja.” , jawab Fathia laju.

“Kau nak try dia ke bang ?” , tanya Amin di dalam hati. Dia agak cemburu dengan pertanyaan Tengku Ihsan sebentar tadi.

“Woi , dia bukan makwe kau lah Amin. Buat apa nak cemburu.” , ujar hatinya lagi.

“Amin , jauh mengelamun ?” , sergah Fathia. Dilihatnya Tengku Ihsan sudah tidak ada lagi dihadapannya. Dia masih membisu.

“Eh , jomlah. Dah lambat ni.” , ajak Izzati. Kemudian , mereka berjalan menuju ke dewan. Ammar sudah lama menunggu di sana bersama Cikgu Nazirah. 

Wajah Tengku Ihsan sudah mula mengganggu fikiran Fathia. Amin pula masih mendiamkan diri.

“Hensem. Baik. Bersopan-santun. Cukup pakej.” , bisik Fathia dalam hati.

“Muka boleh tahan , tapi aku rasa aku lagi hensem.” , getus hati Amin yang duduk disebelah disebelah Fathia. Dia membandingkan dirinya dengan Tengku Ihsan.

“Fathia suka kat dia ke ?” , tanya Amin kepada dirinya sendiri. Kemudian , dia mengeluh panjang.

“Tak mungkin aku suka kat Tengku tu. Baru lima minit kenal. Takkan dah suka kot.” , ujar Fathia dalam hati lalu tersenyum seorang diri.

“Woi , berangan Tengku Ihsan ke ?” usik Izzati. Fathia mengerutkan dahinya kepada Izzati.Kemudian , dia memandang kehadapan semula.

***

“Naib juara dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail. “ , umum juruacara yang berada di atas pentas. Fathia dan Amin berpandangan sesama sendiri. Kemudian , mereka tersenyum lebar. Izzati dan Ammar juga begitu. Mereka berdiri dan berjalan menuju ke pentas untuk menerima hadiah. Senyuman tidak lekang dari bibir mereka.

Sebaik saja mereka turun dari pentas , mereka terus berlari ke arah Cikgu Nazirah , guru yang telah bertungkus-lumus memastikan mereka memperoleh kejayaan yang mereka telah kecapi hari ini.

“Thia , kita menang !” , jerit Izzati lalu memeluk Fathia dengan erat. Fathia juga teramat gembira.

“Ehem, aku kau tak nak peluk ke ?” , tanya seorang budak lelaki dibelakang mereka.

“Amin ni , tak malu betul !” , balas Fathia sambil tersenyum ke arah Amin. Dia merenung lama wajah lelaki dihadapannya.

“Fathia , kenapa ni ?” , tanya Amin yang agak pelik dengan perlakuan Fathia.

“Thank you so much.” , ucap Fathia. Amin mengerutkan dahinya.

“For what ?” , tanya Amin lagi.

“For being my friends.” , ujar Fathia lalu memberikan seukir senyuman kepada Amin. Amin hanya mengangguk.Pelik dengan perangai Fathia.

“Fathia , Amin.” , tegur seseorang. Lantas Fathia dan Amin mencari tuan empunya suara itu.

“Tengku Ihsan.” , Fathia agak terkejut melihat Tengu Ihsan berada dihadapnnya. Amin juga begitu.

“Tahniah sebab mendapat naib juara dalam pertandingan ni.” , ujar Ihsan dihadapan Amin dan Fathia.

“Terima kasih. Awak lagi hebat , dapat juara terus.” , balas Amin pula. Fathia hanya tersenyum memandang dua orang lelaki dihadapannya.

“Okaylah. Saya terpaksa pergi dahulu. Kalau ada jodoh , kita pasti akan berjumpa lagi.” , kata Tengku Ihsan. Fathia dan Amin hanya mengangguk. Sempat lagi dia bersalaman dengan Amin. Kelihatan seperti sudah berkenalan lama. Tidak sampai beberapa minit , bayangan Tengku Ihsan sudah tidak lagi kelihatan.

***

“Fathia , aku rasakan Tengku Ihsan tu dah jatuh cinta kat kau lah.” , ujar Izzati perlahan sewaktu di dalam kereta. Takut cikgu yang ada dibahagian hadapan mendengar.

“Woi , jangan merepek boleh tak ?” , Fathia membalas. Ammar yang juga dapat mendengar perbualan Fathia dan Izzati turut menyampuk.

“Tengku Ihsan ? Siapa pulak tu ?” , tanya Ammar. Amin hanya mendiamkan diri. Malas mahu turut serta. Fathia perasan tentang perubahan Amin itu.

“Tengku Ihsan , budak SMK Dato’ Penggawa Barat tu. Dia hensem , comel , bersopan-santun , macam-macam lagilah.” , Fathia memuji Tengku Ihsan dihadapan Ammar dan Izzati. Izzati mengangguk tanda setuju. Jelas kelihatan , wajah Amin sudah berubah.

“Kau tak nak try dia ke Fathia ?” , usik Izzati. Ammar hanya tersenyum.

“Entahlah , kalau dia sudi tak apa jugak.” , jawab Fathia gembira. Dia merenung lama wajah Amin.

“Tengku Ihsan tak habis-habis.” , getus hati Amin. Dia melemparkan pandangannya ke luar. 

OLDER POST / NEWER POST