budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 58
“Izzati , warna apa cantik ?” , tanya Fathia. Meminta pendapat dari sahabatnya itu. Mereka kini sedang berada di pusat beli-belah Jusco. Mahu berjalan-jalan menghilangkan stress kononnya. Izzati yang juga suka berjalan tidak melepaskan peluang untuk menemani Fathia.

“Oit , kau nak belikan baju untuk Tengku Ihsan eh ?” , Izzati tidak menjawab soalan Fathia. Fathia mengerutkan dahinya.

“Apa kena mengena dengan Tengku Ihsan pulak ? Dia tu anak orang kaya. Manalah layan baju jenama murah macam ni.” , jawab Fathia. Izzati menaikkan keningnya.

“Habis tu untuk siapa ?” , tanya Izzati lagi. Fathia hanya tersenyum.

“Manusialah.” , balas Fathia selamba. Dia membiarkan saja Izzati dengan angan-angannya. Fathia meneruskan membelek pakaian yang ada disitu.

***

“Saya nak perkenalkan , ini semua kawan-kawan saya.” , ucap Fathia kepada Azim.

“Hai , saya Ammar.” . sapa Ammar lalu menghulurkan tangannya. Azim menyambut huluran salam Ammar itu lalu tersenyum.

“Saya Azim.” , katanya lembut.

“Yang ini Izzati.” , Fathia menunjukkan jari telunjuknya kepada Izzati. Azim mengukirkan senyuman kepadanya.

“Dan yang ini pula , Tengku Ihsan.” , jelas Fathia lagi. Azim menghulurkan tangan kepada Ihsan.

“Saya Tengku Ihsan.” , ucapnya lalu menyambut huluran tangan Azim.

“So , inilah kawan baru yang kau nak kenalkan pada kitaorang ?” , tanya Izzati. Awal-awal pagi lagi Fathia sudah menelefon mereka , suruh bersiap-siap. Katanya mahu memperkenalkan seseorang.
Fathia hanya mengangguk. Azim pula sudah tersipu malu.

“Wah , untung Dr. Azim dapat kenal dengan Dr. Fathia yang garang ni.” , ujar Ammar selamba. Fathia mencebik. Ada ke patut membuka pekung kawan sendiri. Tak patut betul. Azim hanya tersenyum. Ammar dan Izzati pula sudah ketawa terkekek-kekek. Hanya Tengku Ihsan saja yang menyepi. Sunyi tanpa gelak tawanya.

***

Sedar tidak sedar , mereka sudah pun menginjak masuk ke bulan ramadhan , bulan yang penuh dengan barakah. Sungguh cepat masa berlalu. Meninggalkan memori-memori lalu.

“Fathia , jom.” , ajak Encik Fariz. Fathia hanya mengangguk. Dia terus bangun dari sofa , mengikut jejak langkah mama dan papanya. Encik Aidil dan Puan Aina turut ikut serta. Fathia berjalan seorang diri di belakang.

“Amin , sekarang aku jalan sorang-sorang je. Tak ada sesiapa yang nak temankan.” , Fathia mengeluh seorang diri. Tiba-tiba , matanya terpandang wajah seseorang. Dia amati wajah itu.

“Ma , tunggu kejap ma.” , kata Fathia. Puan Alia dan Puan Aina terus menghentikan langkahnya. Ditatap rumah banglo dua tingkat yang ada dihadapannya. Kelihatan ada seorang pemuda bersama ibu dan adiknya sedang berada di hadapan rumah mereka itu.

“Assalamualaikum.” , sapa Fathia selamba. Puan Alia dan Puan Aina pelik dengan perlakuan Fathia itu. 

Pemuda itu menoleh ke arah Fathia. Dua orang wanita yang ada disitu juga terus menoleh ke arah suara yang memberi salam itu.

“Waalaikum...salam.” , jawab pemuda itu pelik. Kemudian , dia tersenyum.

“Fathia ?”

“Azim ?”

Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Lapan mata yang ada disekitar situ hanya memandang pelik. Tidak faham dengan keadaan yang berlaku.

“Ibu , ni kawan Azim dekat hospital. Dr. Fathia.” , Azim memperkenalkan kepada Puan Maznah sudah ternganga. Aida pula hanya menelan air liur.

“Ma , Aunty. Ni Dr.Azim.” , giliran Fathia pula memperkenalkan pemuda yang tidak dikenali oleh mereka berdua itu.

“Saya Maznah. Ibu Azim.” , Puan Maznah menghulurkan salam. Lantas disambut oleh Puan Alia dan Puan Aina. Aida masih tercongok di depan pagar.

“Kau dah kenapa Aida ? Pergi ikut ibu sana.” , arah Azim kepada Aida.Puan Maznah , Puan Alia dan Puan Aina sudah mula berjalan di depan. Tidak sampai beberapa minit berkenalan , sudahpun ngam. Seperti sudah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Aida menjelirkan lidahnya kepada Azim lalu terus mengejar ibunya.

“Awak duduk sini ?” , Fathia memulakan bicara. Dia berjalan berdua bersama Azim di belakang.

“Ya , baru tahun ni.” , jawab Azim sambil tersenyum.

“Oh , patutlah.” , Fathia membalas pendek. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan dengan Azim.

“Jodoh kita kuatkan ? Asyik terjumpa je.” , ujar Azim. Fathia memandang sekilas wajah Azim.

“Jodoh ? Mungkin.” , jawab Fathia. Pipinya sudah bertukar rona pink. Nasib baik sudah malam. Kalau siang , sudah tentu dia diketawakan. Mereka menyepikan diri sehinggalah mereka sampai di surau.

“Awak , awak nak ikut saya ke ?” , tanya Fathia pelik apabila melihat Azim mengekorinya ke bahagian wanita.

“Eh , taklah. Saya nak pastikan awak selamat sampai je.” , ujar Azim menahan malu. Dia terus meninggalkan Fathia. Menuju ke tempat yang sepatutnya.

“Apalah kau ni Azim. Buat malu orang kampung je tahu.” , bisik hati Azim lalu tersenyum seorang diri.

OLDER POST / NEWER POST