budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
CINTA MUKA BUKU - Pengenalan
Sinopsis : 
Dato’ Azhar dan Datin Aida telah bersetuju untuk mengahwinkan anak tunggal mereka , Arissa Sofea dengan jejaka pilihan mereka. Tetapi , hasrat itu ditentang hebat oleh Arissa. Masakan jodohnya ditentukan oleh mama dan papanya sama seperti zaman dahulu kala ? Oleh itu , satu perjanjian telah termeterai antara dia dan ibu bapanya. Perjanjian yang sudah pasti akan membuatkan dia lebih migrain sehingga mahu pecah kepalanya.  
Di satu sudut lain , seorang jejaka tampan bernama Arief Mikhail sedang meratapi nasibnya apabila kekasih yang disayangi pergi jauh darinya. Perangainya terus berubah sama-sekali. Dia menjadi panas baran , kaki perempuan , kaki botol dan macam-macam lagi. Namun , tatkala ibu bapanya mendesaknya , dia cuba untuk berubah. Dia harus kembali kepada dirinya yang dahulu.

Apakah nasib Arissa Sofea dan Arief Mikhail ? Adakah muka buku akan menemukan cinta yang sejati kepada mereka berdua ? Segalanya akan terbongkar dalam siri terbaru ; 
Cinta Muka Buku.  



Arissa Sofea -  
Keputusan mama dan papanya membuatkan dia tidak senang duduk. Ditambah lagi dengan perjanjian yang sudah pasti harus ditepati. “Oh , tidak ! Perkahwinan ini harus dihalang !”
Arief Mikhail - 
Pengalaman lampau membuatnya berubah. Tidak sama seperti Arief yang dahulu. “Ah , perempuan semuanya sama sahaja ! Tiada beza ! Aku benci ! "


OLDER POST / NEWER POST