budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 59
“Lawa budak Fathia tu.” , ujar Puan Maznah kepada Azim yang sedang minum air di dapur. Tersedak Azim dibuatnya. Dia terbatuk-batuk.

“Ibu ni , buat terkejut Azim je lah.” , balas Azim sambil mengurut-urut dadanya. Puan Maznah hanya tersenyum.

“Abang , siapa kak Fathia tu ? Makwe baru abang eh ?” , sakat Aida yang tiba-tiba menerjah ke arah dapur. Azim memandangnya.

“Sibuk je eh. Gatal sangat nak tahu.” , jawab Azim. Aida mencebik bibirnya.

“Baik orangnya. Cantik. Sopan santun.” , Puan Maznah bersuara. Azim sudah tersengih seperti kerang busuk.

“Bu, Azim naik atas dulu okay. Nanti sahur kejut Azim tau.” , Azim mengingatkan. Harap saja sudah besar panjang , sahur pun ibunya yang kejutkan. Kalau sudah beristeri , isteri pulaklah yang harus kena kejutkannya. Ops , bukan harus tetapi wajib.

Azim masuk ke kamarnya dan terus bersandar di katil. Dia menoleh ke arah kanannya. Dia mengambil bingkai gambar yang ada di meja kecil itu.

“Ika , Azim jumpa seseorang. Nama dia Fathia. Cantik sangat , sama macam Ika.” , ujar Azim perlahan.

“Tapi boleh ke dia ganti tempat Ika di hati abang ? Abang sayang sangat pada Ika. Hanya Ika yang ada kat hati abang. Tapi sejak abang jumpa dia , abang rasa lain. Lain sangat.” , keluh Azim lagi.

“Itu tandanya kamu dah jatuh cinta Azim.” , satu suara menyapanya. Terus Azim menoleh ke arah pintu kamarnya. Azim mengerutkan dahinya.

“Ibu...” , kata Azim apabila melihat Puan Maznah berdiri di depan kamarnya. Puan Maznah terus masuk , mengambil tempat di sebelah Azim.

“Ibu , Ika cinta pertama Azim. Azim tak pernah lupakan dia. Kenapa ibu cakap Azim boleh jatuh cinta pulak ?” , tanya Azim pelik. Puan Maznah tersenyum.

“Cinta pertama tak bermaksud cinta terakhir kita kan ?” , ibunya tidak menjawab , malah memberikan soalan kepada Azim. Azim terkedu.

“Tidurlah. Nanti kamu tu liat nak bangun sahur.” , arah Puan Maznah. Dia bangun dari katil anaknya itu. Terus keluar , meninggalkan Azim seorang diri.

“Aku jatuh cinta ?” , monolog Azim sambil mengerutkan dahinya. Kemudian , dia membetulkan posisi bantalnya. Dia baring. Tidak sampai beberapa minit , dia sudah terlena bersama dakapan bingkai gambar Zulaikha di dadanya.

***

“Asssalamualaikum , Fathia.” , sapa seseorang. Fathia yang sedang membelek baju kurung yang ada di butik itu terkejut. Izzati pula mengerutkan dahinya.

“Waalaikum...salam.” , jawab Fathia lalu menoleh ke belakang. Izzati juga berbuat begitu.

“Lah , kau rupanya , Ihsan.” , Izzati mengeluh. Buat terkejut orang saja. Ingatkan siapa tadi. Fathia pula hanya tersenyum.

“Buat apa dekat sini ?” , tanya Tengku Ihsan. Baru saja Fathia hendak menjawab , Izzati sudah membuka mulut.

“Tengah beli baju tunang untuk Fathia.” , jawab Izzati selamba. Terbuntang mata Fathia dan Tengku Ihsan mendengar jawapan tersebut.

“Awak nak bertunang Fathia ?” , Ihsan bertanya dalam nada yang terkejut. Fathia mengerutkan dahinya.

“Awak gila ? Percaya sangat cakap si Izzati ni. Kaki klentong.” , jawab Fathia. Izzati pula sudah ketawa terkekek-kekek.

“Kau ni pun , kan dah nak raya. Mestilah nak beli baju raya.” , ujar Izzati bersama sisa tawanya.

“Ceh , suka kenakan aku.” , balas Ihsan apabila dirinya ditipu oleh Izzati.

“Buat apa kat sini ?” , tanya Fathia pula.

“Samalah. Cari baju raya.” , Ihsan menjawab. Fathia hanya tersenyum. Dia menyambung kembali pencarian baju kurung untuk dirinya itu. Tangannya laju menggambil sehelai baju kurung berwarna pink lembut.

“Zati , okay tak ?” , tanya Fathia kepada Izzati. Izzati mengangguk laju.

“Jom , bayar.” , Fathia menarik tangan Izzati ke kaunter bayaran. Tengku Ihsan mengekori mereka berdua.

“Saya bayarkan.” , ujar Ihsan. Fathia mengerutkan dahinya.

“Eh , tak apa. Saya ada duit sendiri.” , Fathia terus mengeluarkan dompetnya. Mengeluarkan not RM50. Menyerahkannya kepada juruwang tersebut.

“Alahai kau ni Fathia , orang nak belanja. Kau tolak pulak.” , Izzati tiba-tiba bersuara. Fathia menjegilkan matanya kepada Izzati.

“Ihsan , saya dengan Zati balik dulu ya. Assalamualaikum.” , Fathia meminta izin. Sempat lagi Izzati melambaikan tangannya kepada Ihsan.

“Waalaikumsalam.” , jawab Ihsan yang pelik dengan perangai mereka berdua.

***

“Sedapnya mulut kau eh ? Tunang-tunang pun kau pergi sebut sekali. Aku nak tunang dengan siapa ?” , bebel Fathia di dalam kereta. Izzati hanya tersengih.

“Kau kan dengan Azim. Kan ?” , tanya Izzati. Fathia mengerutkan dahinya.

“Banyaklah kau. Suka hati kau je. Azim tu kawan aku je lah.” , jawab Fathia sambil tersenyum.

“Dah tu , yang tersenyum-senyum ni kenapa ?” , Izzati mengorek rahsia. Fathia menahan senyum.

“Mana ada aku senyum.” , ujar Fathia.

“Elleh , cakap je lah kau tu dah jatuh cinta.” , usik Izzati. Fathia tersenyum simpul.

“Tapikan , Tengku Ihsan macam mana ?” , tanya Izzati lagi.

“Dah lah. Kau ni kuat merepek. Ni mesti kes terlebih makan kerepek. Aku kawan je dengan dua-dua mamat tu.” , balas Fathia.

“Yalah.” , Izzati malas mahu melayan Fathia. Masing-masing senyap menyepi di dalam kereta. Melayan jiwa dengan mendengar radio.

OLDER POST / NEWER POST