budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 22
“Thia , siap-siap. Nanti kita pergi surau sama-sama.” , arah Puan Alia apabila selesai mengemas dapur. Fathia hanya mengangguk lalu terus naik ke biliknya. Lantas dia menunaikan solat Maghrib.

Kemudian , dia bersandar di atas katilnya.

“Kenyangnya. Tak larat nak pergi surau.” keluh Fathia. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak , Puan Alia masuk.

“Thia , jom pergi.” ,ajak mamanya. Fathia hanya menurut. Setelah menutup lampu dan pendingin hawa , dia terus turun ke bawah.

“Kita pergi dengan Aunty Aina lagi ke ma ?”, tanya Fathia. Dia sudah malas hendak melihat muka musuhnya itu.

“Yalah , pergi sekali. “ , jawab Puan Alia. Kemudian , dia tersenyum.

“Again ? “ , ayat itu terlintas di kepalanya. Dia mengekori mama dan papanya yang sudah berada di luar.
Mereka sudah pun mula berjalan menuju ke surau. Seperti biasa , Amin berada di sebelah Fathia.

“Kau ke yang buat kek coklat tu ?” , tiba-tiba Amin bertanya. Fathia memandangnya.

“Taklah , mama.” , jawab Fathia pendek.

“Oh. Sedap. Tapi kalau kau buat mesti tak sedapkan?” , ayat itu laju meluncur dibibir Amin. Fathia sudah menunjukkan tanda-tanda hendak marah.

“Kau ni kan ? Sehari tak cari pasal dengan aku tak boleh ke ?” , tanya Fathia.

“Kan aku dah pernah jawab dulu. Tak boleh.” , jawab amin selamba. Fathia menjegilkan matanya kepada Amin. Amin terus memandang ke tempat lain. Takut melihat muka singanya itu.

Setelah sampai di surau , Amin terus mengekori papanya. Dia mahu lari daripada Fathia.

“Huh , selamat.” , ucap Amin di dalam hati.

***

Sama seperti semalam , sekitar jam 10 malam , para jemaah sudah mula pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan pulang , Amin dan Fathia hanya mendiamkan diri. Mungkin sudah terlalu mengantuk.

“Wah , ngantuknya.” , kata Fathia apabila sudah sampai ke biliknya. Sesudah menghidupkan pendingin hawa , dia terus baring di atas katilnya. Tidak sampai sepuluh minit , dia sudah terlena.

***

“Izzati ! “ , sapa Fathia apabila ternampak kawan baiknya itu.

“Hoi , kau ni tak puasa eh? “ , tanya Izzati kuat. Fathia sudah mengerutkan dahinya.

“Gila ke apa ? Mestilah puasa.” , jawab Fathia dengan nada yang agak tinggi. Beberapa pasang mata memperhatikan mereka.

“Dah tu , terpekik terlolong panggil nama aku macam orang tak puasa apasal ?” , tanya Izzati lagi. Fathia hanya tersengih.

“Alah , dah lah. Jom beratur.” ,ajak Fathia. Izzati hanya mengangguk tanda setuju.

Keadaan di dalam kelas 2 Ibnu Sina agak bebeza daripada sebelum ini . Semua murid kelas itu kelihatan duduk di tempat masing-masing. Senyap sahaja. Tidak seriuh seperti biasa. Kepenatan agaknya. Amin dan Fathia juga sudah jarang bergaduh lagi. Mungkin mereka mahu menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.

***

Sedar tidak sedar , hari ini sudah masuk hari ke lima belas mereka semua berpuasa.Sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini, pihak sekolah telah menyediakan pelbagai program yang bermanfaat. Semasa waktu rehat , pelajar beragama Islam akan berada di surau sekolah untuk mengikuti program tadarus Al-Quran. Mereka juga akan mendengar tazkirah daripada Ustaz Khairi setiap hari Jumaat.

Amin dan Fathia masih bermusuhan. Tetapi mereka tidak lagi menimbulkan masalah baru di sekolah. Sehinggalah suatu hari …

“Izzati , kau ada nampak buku yang selalu aku bawa tu tak ?” , tanya Fathia sambil menyelongkar begnya. Izzati yang ada di sebelahnya memandang pelik.

“Oh , buku yang selalu yang conteng tu eh ?” , tanya Izzati mahukan kepastian.

“Ya.” , jawab Fathia pendek. Dia masih menyelongkar beg mencari buku kesayangannya itu. Masih tidak jumpa.

“Tak ada.” , keluhnya apabila mendapati buku itu tidak ada di dalam begnya.

“Betul ke kau bawa buku tu ? Entah-entah ada kat rumah.” , tanya Izzati kepada Fathia.

“Aku bawa buku tu hari-hari. Takkan tertinggal pulak.” , jelas Fathia lagi.

“Mesti mangkuk ayun tu punya pasal !” , kata Fathia kepada Izzati. Dia terus pergi ke meja Amin.

“Woi ! Pulangkan buku aku balik !” , jerit Fathia kasar. Amin yang tidak mengetahui apa-apa mengerutkan dahinya.

“Buku apa pulak ? Mana ada aku ambil.” , Amin membalas. Fathia menjegilkan matanya kepada Amin.

“Jangan buat-buat tak tahu boleh tak ? Kau yang ambil buku aku tu kan ? Pulangkan balik!” , Fathia menjerit lagi. Amin semakin tidak faham.

“Aku tak ambil pun buku kau tu lah. Tak ingin nak ambil !” , jawab Amin. Dia sudah mula marah. Izzati dan Ammar yang ada di sisi mereka hanya mampu melihat. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

“Penipu ! Bagilah balik buku aku ! “ , kata Fathia lagi. Air matanya yang sudah bertakung hanya tinggal masa untuk tumpah.

“Aku tak ambil ! Macam mana nak pulang kat kau ?” , Amin membalas.

“Kau memang tak guna !” , ayat itu terkeluar daripada mulut Fathia. Kemudian , dia terus kembali ke tempatnya.

“Aku pulak yang kena !” , jawab Amin lagi. Mukanya juga sudah bertukar menjadi merah apabila dituduh sedemikian. Ammar dan Izzati hanya memandang sepi wajah kedua-dua musuh itu.

“Thia , kenapa kau tuduh dia ? Tak baik tau tuduh dia. Bulan puasa ni.Berdosa tau.” , nasihat Izzati. Dia dapat melihat yang Fathia sedang menangis.

“Aku tahu dia yang ambil. Tadi masa tadarus , aku nampak dia seorang je yang tak ada kat surau. Kau pun nampak kan ?” , luah hati Fathia kepada Izzati.

“Kau cubalah cari dulu kat rumah. Mana tahu tertinggal dalam bilik ke , atas meja ke. “ , ujar Izzati lagi. 

Kasihan melihat Fathia yang kehilangan buku kesayangannya itu. Sudah sama seperti kucing yang kehilangan anak. Fathia masih tercari-cari bukunya itu.

“Bro , kalau ya pun nak balas dendam , janganlah sampai mencuri.” , nasihat Ammar kepada Amin. Amin hanya menunduk. Kemudian melihat wajah Ammar semula.

“Kau ingat aku nak sangat dengan buku dia tu ? Aku nak buat apa ambil buku dia tu ? Kau cakap kat aku ?” , dilepaskan soalan bertubi-tubi kepada Ammar. Ammar terkedu.

“Betul juga cakap kau tu. Tapi masalahnya sekarang , siapa yang curi buku Fathia ?” , Ammar bertanya semula kepada Amin.

“Kau ni kan , nak makan penampar eh ? Kalau aku tahu aku dah cakaplah.” , jawab Amin sambil menjegilkan matanya terhadap Ammar.

“Oh , okay okay.” , Ammar sedar yang pertanyaannya tadi itu makin membuatkan Amin marah. Dia tersengih kepada Amin. Amin terus memalingkan pandangangannya ke hadapan kelas.

OLDER POST / NEWER POST