budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 65


“Fathia , makanlah.” , ajak Izzati apabila melihat Fathia termenung seorang diri. Seketika kemudian , Ammar kembali. Ditemani dengan gitar kesayangannya.

“No more excuse.” , ujar Ammar lalu menyerahkan gitar itu kepada Azim. Azim membulatkan matanya. Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

“Kalau tak sedap jangan marah okay ?” , Azim memberitahu. Ammar dan Izzati mengangguk. Fathia pula tersenyum seorang diri.

“Terimalah lagu daripada Dr. Azim. Feewitt.” , kata Ammar seperti mahu membuka tirai konsert Akademi Fantasia. Azim membetulkan posisi gitar. Jari-jemarinya sudah mula memetik gitar itu , memainkan lagu Kau Ilhamku.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Semua yang ada disitu bertepuk tangan sebaik saja Azim menghabiskan nyanyiannya. Fathia tersenyum. Azim pula sudah tersipu malu.

“Masa dekat U kau selalu buat konsert eh ?” , tanya Ammar tiba-tiba. Azim mengerutkan dahinya.

“Konsert dalam tandas tu yalah.” , Azim menjawab selamba. Sekali lagi tawa mereka terhambur bersama-sama apabila mendengar jawapan Azim itu.

***

“Woi Ammar. Habislah basah baju aku !”, jerit Azim apabila bajunya terkena percikan air yang dibuat oleh Ammar. Habis basah dibuatnya. Dia yang mulanya hanya mahu merendam kaki terpaksa pulang semula ke bilik. Mahu mengeringkan bajunya.

“Aku nak pakai baju apa ni ? Baju dah tak ada.” , Azim mengomel seorang diri.

“Bukan dah mandi ke tadi pagi ? Apasal mandi lagi ?” , tanya Fathia yang terserempak dengan Azim.

“Ammarlah ni. Habis basah baju saya. Dahlah dah tak ada baju lagi.” , spontan Azim menjawab. Fathia mengerutkan dahinya.

“Tak payah pakai baju. Habis cerita.” , usik Fathia. Azim membulatkan matanya.

“Awak dah gila ke apa “ , balas Azim. Dia tertawa dengan cadangan Fathia itu.

“Awak tunggu sini kejap. Saya nak ambil sesuatu.” , arah Fathia. Azim hanya mengangguk.

“Nah ! Baju untuk awak , sebagai ganti baju awak yang saya dah kotorkan dulu.” , jelas Fathia sambil menyerahkan sebuah beg kertas yang mengandungi sehelai kemeja.

“Kan saya dah cakap , tak perlu ganti.” , Azim malu mahu menerima kemeja itu daripada Fathia. Masakan perempuan yang memberi hadiah kepada lelaki. Tak gentlemen langsung.

“Jangan ngada-ngada boleh tak ? Saya tak sanggup nak tengok awak tak berbaju dalam kereta nanti.” , kata Fathia. Azim ketawa kecil.

“Okay , saya ambil. Terima kasih banyak-banyak.” , ucap Azim. Fathia tersenyum.

“Dah , pergi tukar sana.” , arah Fathia. Azim hanya mengangguk kecil lalu terus pergi ke biliknya.

***

“Aku macam kenal baju yang Azim pakai tu Thia.” , kata Izzati perlahan kepada Fathia. Fathia hanya tersenyum. Mana tak kenal , sudah tentu Izzati yang menemaninya untuk membelikan kemeja itu. Mungkin , segala persoalan yang bermain di minda Izzati sudah pun terjawab.

“Oh , dialah manusia tu eh.” , bisik Izzati apabila teringatkan kembali perkataan ‘manusia’ semasa mereka mahu membeli kemeja tersebut.

“Aku nak gantikan kemeja dia yang aku dah kotorkan. Sebab tu aku beli.” , jelas Fathia. Izzati sudah tersenyum seperti kerang busuk.

“Amboi. Lepas ni kau kotorkan baju aku pulak. Dapatlah aku merasa baju baru.” , usik Izzati sambil ketawa. Fathia memandangnya dengan pelik.

“Tak ada maknanya !”, jerit Fathia. Mereka berdua ketawa bersama-sama di belakang. Ammar dan Azim yang berada di bahagian hadapan hanya memandang sesama sendiri. Tidak tahu apa yang telah terjadi.

OLDER POST / NEWER POST