budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 31
“Fathia ? Are you okay ?” , tanya lelaki dihadapannya yang agak terkejut. Dia tidak menyangka bahawa perempuan yang telah dibantu olehnya ialah Fathia , kawannya sendiri.

“Amin.” , hanya sepatah perkataan keluar dari mulut Fathia. Dia masih memandang wajah Amin dihadapannya.

“Jom duduk. Tangan kau luka tu.” ,ajak Amin lalu melihat tangan Fathia. Fathia hanya mengangguk. Dia masih terkejut. Terhincut-hincut Fathia berjalan disisi Amin. Mungkin kakinya juga ada yang terluka.

“Kau tak apa-apa kan ?” , tanya Amin lagi. Dia agak risau dengan keadaan Fathia. Fathia masih senyap , tidak berkata apa-apa.

“Tak. Amin , terima kasih.” , Fathia berkata perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa yng bertiup di situ menyebabkan selendang Fathia mengerbang ke kiri dan ke kanan.

“Sama-sama.” , jawab Amin sambil tersenyum ke arah Fathia.

“Kenapa kau tolong aku ? Kenapa kau tak tinggalkan je aku tadi ?” , tanya Fathia. Dia memandang wajah Amin sekali lagi.

“Sebab … kau kan kawan aku. Mestilah aku kena tolong.”, jawab Amin. Dia agak tergagap-gagap mahu menjawab soalan Fathia itu.

“Tapi kitakan musuh ?” , tanya Fathia lagi. Masih tidak berpuas hati.

“Musuh di sekolah , tak bermaksud musuh di luar kan ?” , Amin tidak menjawab soalan Fathia , malah bertanya semula kepada Fathia. Fathia terkedu.

“Ya.” , jawabnya pendek. Kemudian , mereka tersenyap seketika. Masing-masing membisu tanpa suara.

“Amin , boleh tak kau berhenti kacau aku lagi ?” , tiba-tiba Fathia bertanya.Amin hanya menyimpulkan senyuman.

“Kan aku dah pernah cakap. Tak boleh.” , jawab Amin selamba.

“Not like that. Maksud aku , kita berhenti bergaduh.” , akhirnya ayat itu terkeluar daripada mulut Fathia.

Amin memandang wajah Fathia. Dia agak terkejut dengan kata-kata Fathia sebentar tadi.

“Kau serius ke ?” , Amin bertanya kepada Fathia. Masih pelik dengan keadaan Fathia itu.

“Mestilah. Kau ni. Aku campak liquid lagi kat muka kau baru tahu.” , Fathia mengungkit kembali kisah silamnya bersama Amin. Kemudian , dia tersenyum.

“Kata nak berdamai , tapi dia sendiri cari gaduh dengan orang.” , perli Amin. Dia juga turut tersenyum kepada Fathia.

“Nak ke tak nak ?” , tanya Fathia. Amin mengerutkan dahinya.

“Nak apa ?” , Amin bertanya semula kepada Fathia. Fathia sudah memandang Amin seperti singa kelaparan. Hanya tunggu masa mahu membaham mangsanya.

“Minta maaf dekat aku lah.” , Fathia menjawab.

“Oh , tak naklah. Kaulah yang patut minta maaf dekat aku.” , kata Amin selamba.

“Amboi ? Kau yang kacau aku , aku pula yang kena minta maaf. Mana aci !” , Fathia memprotes.

“Eh , aci tak aci. Kena minta maaf juga.” , kata Amin lagi.

“Okay , kita tukarkan ‘kau’ dan ‘aku’ tu jadi ‘kita'. Deal ?” , cadang Fathia. Amin berfikir sejenak.

“Ya , I think its better.Kita memang patut minta maaf sesama sendiri.” , ujar Amin. Kemudian , dia ketawa.

“Aku nak minta maaf kat kau sebab selama ni aku selalu kacau kau , buli kau dan suka tipu kau.” , kata Amin ikhlas. Fathia memandang wajah Amin. Tidak pernah dia melihat wajah Amin seikhlas ini.

“Aku pun nak minta maaf kat kau. Aku sedar , aku ni dah banyak buat salah dekat kau. “ , Fathia berkata dengan sepenuh hati. Kali ini , Amin pula yang memandang wajah Fathia.

“Friends forever ?” , tanya Amin. Fathia mengangguk.

“Nur Fathia Umaira, Muhammad Amin Raiqal , friends forever !” , ujar Fathia dengan penuh bersemangat sambil menggenggam tangannya.

“Aduh !” , jerit Fathia. Dia terlupa bahawa tangannya itu masih terluka. Amin sudah cemas.

“Sakit sangat ke ?” , tanya Amin.

“Taklah. Sikit je.” , jawab Fathia selamba. Kemudian , mereka tersenyum sesama sendiri.

***
“Ma , sakitlah ! , jerit Fathia apabila tangannya disapu dengan ubat.

“Mama baru letak ubat , dah menjerit.” , ujar Puan Alia.

“Sakit , memanglah Thia menjerit.” , balas Fathia pula.

“Itulah , lain kali jalan jangan pendang depan je , bawah pun kena tengok jugak.” , bebel Puan Alia. Fathia hanya senyap , malas hendak melayan bebelan mamanya itu.

“Ma , dah lah tu. Thia penatlah tunggu mama letak ubat lama sangat.” , Fathia mengeluh.

“Yalah , dah. Pergi naik atas. Rehat.” , balas Puan Alia. Fathia hanya memberikan senyuman kepada ibunya. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga , menuju ke kamarnya.

Dia bersandar di katilnya lalu merenung tangannya yang sudah diubati oleh mamanya.

“Kalau tak kerana kau tangan , mesti aku masih jadi musuh si mangkuk tu.” , Fathia berdialog dengan tangannya. Dia termenung sendirian.

“Apa cita-cita kau ?” , tanya Amin kepada Fathia.

“Doktor. Kau ?”, jawab Fathia. Amin mengerutkan dahinya.

“Apasal sibuk nak tiru aku ?” , tanya Amin lagi. Fathia menjelirkan lidahnya kepada Amin.

“Aku yang cakap dulu , bukan kau.” , jawab Fathia. Mulut Amin sudah muncung sedepa. Sudah seperti mulut buaya. Fathia hanya merenung wajah Amin.

“Amin , can you promise me one thing ?” , tanya Fathia.

“What ? Apa-apa je pun boleh.” , kata Amin ikhlas.

“Kau mesti janji dengan aku yang kita akan sama-sama kejar cita-cita kita. Janji okay ?” , ujar Fathia. Dia agak serius dengan kata-katanya itu.

“Okay , kita jadi doktor sama-sama , kerja kat hospital yang sama dan semuanya bersama. Right ?” , balas Amin pula. Fathia hanya tersenyum sambil melirik mata Amin yang berwarna coklat itu.

“Right. Never leave me alone okay ?” , Fathia mengucapkan kata-kata itu.

“Of course my dear friend.” , jawab Amin sepenuh hati.

“Thia.” , panggil Encik Fariz perlahan. Lamunan Fathia terus terhenti disitu.

“Papa , masuklah.” , ajak Fathia sambil membetulkan posisinya di atas katil.

“Tangan dah okay ? Nak papa bawa pergi klinik tak ?” , tanya Encik Fariz apabila mendapat tahu bahawa puterinya itu telah mengalamai kemalangan kecil.

“Anak papa ni kuat. Dah tak sakit dah.” , Fathia menjawab. Encik Fariz mengukirkan senyuman kepadanya.

“Okay , Thia rehat ya sayang.” , nasihat Encik Fariz lalu bangun meninggalkan kamar anaknya itu.

“Selamat malam dunia.” , ucap Fathia. Kemudian , dia menarik selimutnya dan terus lena dibuai mimpi.

***

“Mama ! Papa !Thia terlupa lagi.” , jerit Fathia kepada mama dan papanya yang berada di ruang tamu. 

Bergegar rumah banglo Encik Fariz akibat larian Fathia. Nasib baik tangga itu diperbuat daripada batu-bata yang kukuh , kalau tidak sudah pasti ianya sudah lama runtuh.

Apa yang Fathia terlupa sebenarnya ?

OLDER POST / NEWER POST