budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 24
“Assalamualaikum Encik Aidil , Puan Aina.” , salam dihulur Encik Fariz mewakili keluarganya.

“Waalaikumsalam. Eh , Encik Fariz , Puan Alia. Sila masuk.” , ajak Encik Aidil.

Rumah banglo Encik Aidil dipenuhi oleh ramai orang. Hari ini merupakan hari kelima Syawal. Jadi ,keluarga Encik Aidil mengambil peluang membuat rumah terbuka untuk rakan-rakan dan semua jiran terdekatnya. Fathia dan keluarganya yang sudah pulang dari kampung tidak melepaskan peluang untuk singgah di rumah terbuka keluarga Amin itu.

Fathia hanya mengenakan baju rayanya yang berwarna biru dan sehelai selendang berwarna hitam. Ayu sekali. Dia duduk sebentar di ruang tamu bersama mama dan papanya. Dia memperhatikan setiap jenis kuih raya yang ada di atas meja.

“Banyaknya kuih raya.” , kata Fathia. Kemudian , dia terlihat kuih kesukaannya.

“Kuih bangkit. Mesti sedap.” , Fathia membuka baling kuih itu lalu merasanya. Sedang dia asyik mengunyah , dia terlihat seseorang yang memakai baju hampir sama dengan warna bajunya.

“Amin ?” , getus hati Fathia. Dia mengerutkan dahinya.

“Patut ke aku minta maaf kat dia sekarang ?” , Fathia menyoal dirinya. Dia bangun dan berhasrat mahu berjumpa dengan Amin. Tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti.

“Dia dengan perempuan mana tu ? Cantik.” , Fathia berkata dalam hati. Dilihatnya Amin sedang rancak berbual dengan perempuan itu. Kelihatan mesra sekali. Jantung Fathia berdegup kencang.

“Itu pasti makwe dia masa kat rumah lama dia dulu.” , keluh hati Fathia. Terus dia pergi ke luar , mengikut jejak mama dan papanya yang mahu mengambil makanan. Dia tidak jadi mahu meminta maaf kepada Amin.

***

“Fathia , apasal kau tak jumpa je dia tadi ? Minta maaf je kot. Itu pun susah.” , Fathia bermonolog di dalam biliknya.

“Entah-entah kau cemburu tengok dia dengan perempuan tu.” , hatinya berkata lagi. Terus Fathia meenggeleng-gelenggkan kepalanya.

“No way ! Tak ada maknanya nak cemburu-cemburu ni.” , Fathia menjerit di dalam hati. Menidakkan tentang perasaannya itu. Tanpa disedari , dia terlena di atas katilnya itu.

***

“Mana Fathia ni ? Aku tak nampak pun dia datang.” , gusar Amin apabila dia tidak melihat Fathia sepnjang hari ini di rumahnya. Lalu , dia berlari ke arah mamanya  , Puan Aina.

“Ma , keluarga Aunty Alia dah datang ?” , tanya Amin.

“Dah lama dah. Amin tak nampak ke tadi ? Lama juga mereka ada di sini.” , jelas Puan Aina. Muka Amin terus berubah.

"Kenapa mama tak panggil Amin.", Amin mengeluh perlahan , memandang pintu pagar rumah Fathia.

"Fathia , kau marah lagi ke kat aku ? Sampai jumpa aku pun tak nak.” , ujar Amin di dalam hati. Kemudian , dia meninggalkan mamanya dan terus pergi ke biliknya.

***

“Selamat hari raya , Thia !” , sapa Izzati. Fathia hanya tersenyum kepadanya.

“Duit raya aku mana ?” , usik Fathia. Kemudian , mereka sama-sama ketawa.

“Banyak dapat duit raya ?” , tanya Izzati.

“Tak ada soalan lain ke ? Kau ingat kita ni darjah dua , nak kumpul duit raya banyak-banyak ?” , jawab Fathia.

“Alah , manalah tahu kau pergi raya satu taman.” , Izzati berkata selamba. Dia tersenyum kepada Fathia.

“So , macam mana kes kau dengan Amin ?” , Izzati cuba bertanya kepada Fathia.Muka Fathia mula berubah.

“Can I ask you a favour ?” , Fathia membiarkan saja soalan Izzati kepadanya sebentar tadi. Izzati hanya mengangguk.

“Tolong cakap dekat Amin yang aku perlu jumpa dia. Tapi jangan lupa bawa bodyguard dia si Ammar tu sekali. Aku tak nak kena tangkap basah dengan dia pulak.” , kata Fathia panjang.

“Ceh , ingat orang nak sangat tangkap kamu berdua yang banyak mulut ni ?” , usik Izzati. Muka Fathia sudah merah padam.

“Aduh ! Sakitlah Thia.” , Izzati menjerit kecil apabila tangannya dicubit Fathia.

“Celopar lagi mulut tu. Ini makannya.” , Fathia membuat lawak. Izzati pula hanya tersenyum.

“Dah , pergi cakap sekarang.” , arah Fathia. Dia mahu menyelesaikan masalahnya dengan Amin secepat mungkin.

“Yalah.” , jawab Izzati pendek. Kemudian , dia terus berjalan ke arah meja Amin dan Ammar.

***

“Eh , awek aku dah datanglah weh.” , Ammar berkata kepada Amin yang duduk disebelahnya.

“Awek ? Muka macam kau ni nak ada awek ?” , tanya Amin. Dia sudah mula ketawa.

“Alah , dari kau tu. Muka boleh tahan , tapi tak ada awek jugak.” , perli Ammar. Amin hanya memekakkan telinganya.

“Hai Izzati. Awak nak jumpa saya eh ?” , tanya Ammar apabila melihat Izzati sudah ada di hadapan mejanya.

“Erk ? Saya bukan nak jumpa awaklah. Saya nak jumpa Amin.” , jawab Izzati selamba. Muka Ammar sudah berubah , manakala Amin sudah ketawa terkekek-kekek disebelahnya.

“Izzati , dia ni dah perasan sampai siap sebut yang kau ni … Aduh !” , belum sempat Amin menghabiskan ayatnya , dia menjerit.

Kakinya dipijak oleh Ammar yang ada disebelahnya. Amin memandang muka Ammar lalu menjegilkan matanya terhadap Ammar. Ammar hanya tersenyum.

“Guys , are you okay ?” ,tanya Izzati yang agak pelik dengan perangai mereka berdua.

“Okay. So , what do you want to tell me ?” , Amin mengubah topik.

“Cakap kat belakang boleh ?” , ajak Izzati. Amin hanya mengangguk.

“Aku ?” , tanya Ammar.

“Duduk sini diam-diam” , ujar Amin. Bibir Ammar sudah muncung sedepa kerana ditinggalkan oleh Izzati dan Amin disitu.

OLDER POST / NEWER POST