budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 20
Sebulan sudah pun berlalu , kini mereka sudah semakin hampir dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Menurut perkiraan pada tahun ini , semua umat Islam akan mula berpuasa pada bulan Ogos. InsyaAllah.

“Min , buka tv tu. Nak dengar pengumuman puasa. Kalau esok puasa , kita boleh siap-siap pergi solat Terawih.” , arah Puan Aina kepada anak bujangnya , Amin.

“Okay. “ , jawab Amin pendek.Dia menekan punat yang terdapat pada tv itu.Kebetulan sekali, pengumuman tentang tarikh puasa  baru saja bersiaran. Amin mendengar dengan tekun.

“Yay ! Esok puasa ! Lepas tu raya ! “ , jerit Amin apabila pengumuman puasa tamat. Terlompat-lompat seperti budak kecil. Puan Aina yang berada di dapur terus ke bahagian ruang tamu.

“Ewah-ewah , puasa pun belum dah sibuk nak raya. Puasa penuh dulu baru boleh raya , faham ?” , bebel Puan Aina.

“Eleh mama , Amin memanglah puasa penuh. Setiap tahun tak pernah miss tau.” , jawab Amin sambil mendabik dada.

“Dah mulalah tu. Pergi panggil papa kat atas , siap-siap. Lepastu kita pergi terawih kat surau depan tu.” , arah Puan Aina lagi. Amin tidak membuang masa lalu terus naik ke atas.

***

“Eh , Puan Alia ? Mahu pergi ke surau jugak ke ?” , sapa Puan Aina apabila melihat keluarga Fathia turut berada di luar.

“Ha’ah. Esokkan dah mula puasa. Terawih pun setahun sekali. Apa salahnya kita pergi kan ?” , celoteh Puan Alia.

Encik Fariz dan Encik Aidil sudah berjalan dihadapan. Disebabkan surau hanya terletak berdekatan dengan rumah mereka , mereka hanya berjalan kaki ke sana. Puan Alia dan Puan Aina hanya jalan bersama-sama di belakang suami mereka. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Seperti biasa , Amin dan Fathia ditinggalkan di belakang. Jalan berdua di belakang mama mereka. Mereka hanya mendiamkan diri. Malas hendak bertekak agaknya.

Kurang dari sepuluh minit perjalanan , mereka sudah tiba di hadapan surau yang tersergam indah itu. Kelihatan sudah ramai jemaah yang sudah tiba bagi bersama-sama mengerjakan solat terawih. Encik Fariz , Encik Aidil dan Amin menuju ke tempat lelaki di hadapan, manakala Puan Aina , Puan Alia dan Fathia pergi ke bahagian wanita di belakang. Mereka terpisah sebentar di situ.


***

Jam yang terpampang di dinding surau sudah menunjukkan jam 10 .00 malam. Patutlah Fathia sudah menguap. Matanya juga sudah kuyu. Sudah terlalu mengantuk.

“Jom Thia.” , ajak Puan Alia apabila sudah selesai melipat telekungnya. Fathia hanya menurut. Sekali lagi mereka pulang bersama keluarga Amin. Muka masing-masing kelihatan letih sekali. Nasib baiklah esok semua bercuti sempena Awal Ramadhan. Dapatlah mereka berehat di rumah.

Setibanya di rumah , mereka terus masuk ke rumah masing-masing. Fathia yang sudah mengantuk terus laju melangkah untuk pergi ke biliknya.

“Aduh ! “ , jerit Fathia. Dia tergelincir di tangga. Mamanya yang terdengar jeritan itu terus berlari ke arah anaknya.

“Fathia , kenapa ni ?” , tanya Puan Alia. Fathia masih mengurut-urut kakinya.

“Tak ada apa ma. Jatuh sikit je. Thia nak naik atas , tidur. Selamat malam mama.” , Fathia bingkas bangun menuju ke biliknya. Matanya sudah tidak dapat di tahan lagi. Setibanya di bilik …

“Ah ! Sedapnya dapat dating dengan kau bantal. “ , ucap Fathia perlahan lalu terus lena dibuai mimpi.

***

“Aku sayangkan kau.” , ucap Amin kepada Fathia. Fathia tergamam.

“Aku pun.” , jawab Fathia sambil memandang mata Amin.

“Kau nak pergi mana Min ? Tunggulah aku.” , jerit Fathia apabila melihat Amin sudah berlari meninggalkannya. Dalam sekelip mata saja , dia sudah hilang. Fathia cuba mengejarnya.

"Amin ! Tunggulah !" , jerit Fathia.


Tiba-tiba …

“Aduh ! Sakitnya! “ , Fathia membuka matanya perlahan. Dilihatnya , dia sudah ada di lantai kamarnya.

“Lah , aku mimpi rupanya. Tapi … kenapa mimpi tu pelik sangat ?” , sambungnya lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Puan Alia masuk ke kamar puterinya itu. Dia agak pelik melihat Fathia yang berada di lantai.

“Katil tu dah tak cukup besar ke sampai nak baring kat atas lantai ?” , tanya Puan Alia. Fathia hanya tersenyum sipu.

Mana ada. Saja je bersenam pagi-pagi ni.” , jawab Fathia sambil membuat aksi-aksi regangan. Puan Alia bertambah pelik.

“Baru pukul 4.30 pagi sayang oi. Senam apanya.” , kata Puan Alia.

“4.30 pagi ? Kenapa mama tak tidur lagi ?” , tanya Fathia pelik.

“Amboi  , dah lupa ke hari ni kita nak mula puasa? Mama nak kejut kamu sahurlah.Dah , pergi basuh muka , berus gigi lepastu turun bawah. Kita sahur sama-sama.” , arah Puan Alia. Kemudian , dia berlalu keluar dari kamar puterinya itu.

“Pelupa betullah kau ni Fathia. Puasa pun belum , dah lupa. “ , bebel Fathia kepada dirinya. Dia bangun dan terus menuju ke tandas yang ada dibiliknya.

OLDER POST / NEWER POST