budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 66
“Fathia , aku nervouslah. Takut.” , kata Izzati kepada Fathia yang sedang duduk disebelahnya. Fathia memegang tangan Izzati. Mak oi ! Sejuk. Dah macam tinggal dekat luar negara je. Memang patut pun dia berasa takut. Orang nak bertunang. Takkan lah tak rasa apa-apa.

“Akak Izzati. Mak lelaki dah nak datang dah.” , beritahu Aida Amani. Beria sungguh apabila dapat merasai pengalaman sebegini. Nak tunggu abangnya , lama lagilah agaknya.

“Sabar Zati. Relax.”, Fathia memberikan nasihat. Seorang perempuan separuh abad masuk ke dalam bilik Izzati. Fathia member ruang kepada makcik itu untuk duduk di sebelah Izzati. Dia menyarungkan sebntuk cincin di jari manis Izzati. Alhamdulillah , satu ikatan telah terjalin antara Izzati dan Ammar. Fathia tersenyum lebar.

***

“Tahniah ya Cikgu Izzati dan Ammar.” , ucap Azim kepada kedua-dua sahabatnya itu.

“Thanks bro. Kau bila lagi ?” , tanya Ammar. Azim tersenyum.

“Tengok je lah.” , ujarnya selamba.

“Wah , tiga-tiga baju sedondon. Cantik.” , ujar Puan Alia kepada Fathia , Azim dan Tengku Ihsan. Masing-masing melihat pakaian mereka. Purple. Memang sedondon.

“Kebetulan je ni.” , jawab Fathia kepada mamanya. Kemudian , dia terus berlalu ke arah Fathia. Azim dan Ihsan berpandangan sesama sendiri.

***

Masa memang tidak pernah menunggu kita , sebaliknya kita yang harus mengejarnya. Pejam celik , pejam celik. Mereka sudah masuk ke tahun baru. Menggunakan umur baru. Fathia dan Azim juga sudah semakin rapat. Tetapi masing-masing masih malu menyatakan perasaan yang dipendam selama ini. Tengku Ihsan hanya mampu melihat. Dia juga tidak mampu menyatakan perasaan cintanya kepada Fathia. Kadang-kadang hatinya sakit melihat kemesraan antara Azim dan Fathia.

“Eh , itu kan Azim. Tapi , dia dengan siapa ?” , ujar Ihsan di dalam hati.

Dia baru saja mahu makan tengah hari , tetapi rasanya sudah kenyang apabila melihat Azim bersama perempuan yang tidak dikenalinya. Ihsan tidak membuang masa , dia mengeluarkan Blackberrynya. Mengaktifkan kamera dan mengambil gambar Azim bersama perempuan itu. Nafsu makannya sudah hilang , dia terus pulang ke pejabat.

“Fathia mesti tahu tentang hal ni.” , ucap Ihsan sambil mengetuk-ngetuk mejanya. Lantas dia mengambil telefonnya. Mendail nombor Fathia.

“Assalamualaikum. Nak apa Ihsan ?” , tanya Fathia di hujung talian.

“Waalaikumsalam. Saya perlu jumpa dengan awak. Urgent. Boleh ?” , Ihsan menyatakan tujuan sebenarnya.
Fathia berbelah bahagi. Samada ya atau tidak. Dia mengeluh kecil.

“Okay. Tempat biasa pukul 5 petang ni. Saya dah habis kerja.” , Fathia menetapkan.

“Okay , see you there. Assalamualaikum.” , jelas Ihsan. Dia tersenyum.

“Waalaikumsalam.” , jawab Fathia lalu terus mematikan talian.

***

“I saw this when I’m going for lunch.” , ujar Ihsan sambil menunjukkan gambar yang telah diambilnya tengah hari tadi. Terkedu Fathia apabila memandang gambar itu.

“Azim ada kekasih ? Kenapa aku tak pernah tahu ?”, getus hati Fathia. Dia menatap gambar itu.

“Itu memang Azim. Tapi , dia dengan siapa ? Macam pasangan kekasih.” , Fathia berkata di dalam hati. Air mata hampir saja mahu mengalir. Tetapi ditahannya. Dia tak boleh nampak lemah dihadapan Tengku Ihsan.

“Fathia , are you okay ?” , tanya Ihsan apabila melihat Fathia senyap membisu.

“Okay , I got to go now. Thanks. Assalamualaikum.” , ucap Fathia lalu bangun daripada kerusinya. Dia meninggalkan Tengku Ihsan seorang diri di restoran itu.

***

“Bodohnya kau Fathia !” , monolog Fathia di dalam kamarnya. Air matanya yang ditahan sudahpun mengalir dengan derasnya. Dia terduduk di belakang pintunya.

“Azim , kenapa awak buat saja jatuh cinta kat awak...” , ucapnya dengan teresak-esak. Kemudian , dia bangun menuju ke tandas. Mengambil wuduk lalu menunaikan solat Maghrib. Usai solat , dia berbaring di atas katilnya. Tangannya laju mengambil iPhonenya.

“Assalamualaikum Zati.” , ucap Fathia ditalian. Suaranya sengau. Seperti baru saja lepas menangis.

“Waalaikumsalam. Hei , kenapa kau ni ?” , tanya Izzati pelik.

“Aku dah salah orang. Aku tak patut cintakan dia. Dia penipu.” , ujar Fathia. Air matanya yang mengalir dibiarkan saja.

“Azim ke ? Kenapa dengan Azim ? Ya Allah , apa yang dia dah buat kat kau ?” , soalan bertalu-talu keluar dari mulut Izzati. Risau dengan keadaan Fathia.

“Dia ada perempuan lain.” , senafas Fathia menjawab soalan daripada Izzati. Terbuntang mata Izzati mendengarnya. Walaupun Izzati tidak dapat melihat Fathia , dia sudah dapat bayangkan wajah Fathia saat ini.

“Mana kau dapat tahu ni ? Kau nampak sendiri ke ?” , tanya Izzati tidak puas hati. Fathia menggeleng seperti Izzati dapat melihatnya.

“Tengku Ihsan ambil gambar dia , dengan perempuan lain.” , tergagap-gagap Fathia berkata. Tangisannya dapat didengar oleh Izzati.

“Kau ni biar betul Thia ?” , Izzati mahukan kepastian. Masakan Azim boleh berfoya-foya dengan perempuan lain. Sedangkan Ammar memberitahunya bahawa Azim mencintai Fathia.

“Takkan lah Ihsan nak tipu pulak.” , balas Fathia.Izzati mengangkat keningnya.

“Ya tak ya jugakkan. Ahh , pening pening.” , ujar Izzati di dalam hati.

“Kau tanyalah Azim dulu. Siapa perempuan tu.Jangan main serkap jarang je.” , cadang Izzati.

“There’s nothing to be explain. Fullstop.” , kata Fathia dengan nada tinggi. Terkejut Izzati dibuatnya.

“I think you have big enough to solve this.” , Izzati sudah tidak tahu mahu membuat apa. Terdengar keluhan berat daripada Izzati di hujug talian.

“Terima kasih sebab sudi dengar masalah aku.” , ucap Fathia.

“Kau kawan aku. Dahlah , pergi rehat sana.” , arah Izzati. Fathia menarik nafas.

“Okay , Assalamualaikum.” , kata Fathia lalu terus mematikan talian.

“Waalaikumsalam. Adoi , masalah baru dah datang.” , keluh Izzati sebaik saja panggilannya ditamatkan.

OLDER POST / NEWER POST