budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 11
Sewaktu di ruang tamu rumah banglo milik Encik Fariz.

“What ? Pergi bercuti kat Cameron Highlands ? “ , Fathia agak terkejut apabila mendengar cadangan papa dan mamanya untuk pergi bercuti.

“Yes ! And guess what ? We’ll go to Cameron Highlands with Amin’s family ! “, kata Puan Alia dengan perasaan gembira. Namun , pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Fathia itu hampir saja menyebabkan Fathia seperti mahu pengsan.

“Apa mama ? Dengan keluarga Amin ? Tapi kenapa ma ?” , tanya Fathia yang agak terkejut dengan rancangan percutian itu.

“Lagi ramai kan lagi meriah ? Kan pa ?" , Puan Alia memandang ke arah Encik Fariz pula. Encik Fariz menangguk laju tanda setuju dengan Puan Alia.

“Meriah ? Apa sangat yang meriah kalau ada si Amin tu ? Buat orang hilang mood je adalah.” , marah Fathia dalam hati. Kemudian , dia terus meminta izin daripada mama dan papanya untuk naik ke bilik. Ya , dia perlukan ketenangan.

***

“Amin dah siap packing pakaian ? Kalau sudah , marilah turun ke bawah. Papa dah tunggu kat bawah.” , tanya Puan Aina kepada Amin.

“Dah ma.” , jawabnya pendek lalu keluar daripada kamarnya itu. Dia terus menuju ke bawah untuk mengisi begnya ke dalam kereta.

“Ma ? Kenapa papa tak panaskan enjin kereta dulu ? Kata dah nak bertolak ? “ , tanya Amin yang agak sedikit pelik.

“Lah , siapa kata kita nak naik kereta papa ? Kita kan pergi bercuti dengan keluarga Fathia. Kami dah buat keputusan untuk berkongsi kereta dengan mereka je. Tak ada lah membazir.” , jawab ibunya lancar.

“What ? With Fathia ? Kenapa mama tak cakap awal-awal kat Amin ?! “ , Amin agak terkejut apabila mengetahui bahawa Fathia akan turut sama bercuti ke Cameron Highlands. Bagai peluru berpandu soalan yang dilepaskan Amin kepada mamanya itu.

“Bukan Min dah tahu ke ? Mama rasa macam mama dah bagitahu kat Min. Sorry okay. Mungkin mama terlupa kot. ‘jawab Puan Aina selamba.

“What ? Terlupa ?” , ingin saja dia berkata begitu terhadap mamanya itu. Tetapi dia tidak sampai hati. Takut mamanya akan merajuk pula.

“Apalah nasib kau Min , asyik dapat berjumpa dengan minah senget tu je.” , keluh Amin dalam hati.

Fathia yang sudah menunggu di luar kelihatan hanya mengenakan sehelai jeans hitam , blaus labuh dan selendang berwarna biru. Amin yang kebetulan baru sahaja ke luar terlihat Fathia di situ.

“Lawanya kau Fathia.” , kata Amin perlahan. Namun , dia mematikan lamunannya lalu terus memberanikan dirinya untuk pergi ke arah Fathia .

Fathia agak sedikit terkejut apabila terasa bahunya di sentuh. Tergamam apabila dia melihat Amin yang mengenakan T-shirt berwarna biru gelap itu berada di belakangnya. Dia menatap muka Amin.

“Mata kau , cantik. Warna coklat.Kenapa aku tak pernah perasan ?” , puji Fathia dalam hati. Dia tersedar daripada lamunannya itu apabila Amin menggoyangkan bahunya .

“Kau nak apa lagi ? “ , tanya Fathia garang. Terus dibuang perasaan kagum yang hadir sebentar tadi.

“Itu pun nak marah. Aku nak letak beg aku lah” , balas Amin kasar.

“Pergilah letak kat sana.” , kata Fathia sambil menunjuk ke arah kereta Estima berwarna hitam milik papanya.

***

“So , are you guys ready for a vacation ?”, tiba-tiba Encik Fariz memecahkan suasana. Lagaknya seperti hendak membuat konsert.

Puan Alia , Puan Aina dan Encik Aidil bersemangat menyahut kata-kata Encik Fariz. Cuma Amin dan Fathia yang agak sedikit muram.

“Let’s go !” , ajak Encik Aidil. 


Mereka semua terus mengisi tempat duduk yang ada. Seperti dirancangkan , Encik Aidil dan Encik Fariz duduk di bahagian hadapan , Puan Aina dan Puan Alia duduk di bahagian tengah , dan tempat yang paling belakang sudah pasti diisi oleh Amin dan Fathia. Sungguh jelas perasaan terpaksa pada wajah Amin dan Fathia. Sungguh tidak terjangka yang perkara sebegitu akan berlaku kepada mereka. Sekitar jam 11 pagi , kereta Estima Encik Fariz mula bergerak meninggalkan rumah mereka.

Amin menjeling jam tangan berjenama Casio yang ada di tangannya.

“Baru pukul 12.30 tengah hari. Baik aku tidur dahulu.” , getus hati Amin. Entah mengapa , dia tiba-tiba merasa ngantuk walaupun baru saja masuk tengah hari.

Fathia yang duduk di sebelahnya telah lama terlena dibuai mimpi. Amin hanya merenung muka Fathia.

“Muka comel , tapi garang.” , kata hatinya. Dia tersenyum memandang Fathia.

Sedar tidak sedar , Amin juga telah mengikut jejak langkah Fathia , lena dibuai mimpi indah.

“Amin , Fathia . Bangun sayang. “ , Puan Aina mengejutkan Amin dan Fathia yang lena tidur berdua di belakang. Tidak ada jawapan. Lalu , Puan Aina memandang ke belakang. Terkejut dibuatnya apabila melihat kepala Fathia berada di bahu Amin. Dengan segera dia memanggil Puan Alia. Kemudian , mereka tertawa bersama-sama.

“Amin , Fathia . Bangunlah. Ngantuk sangat ke ? Jom turun. Makan tengah hari. Lepas tu solat Zohor.” , kejut Puan Alia pula.

Fathia yang mendengar suara mamanya terus tersedar. Amin juga begitu. Mereka mengeliat.

“Ma , sedapnya bantal tadi mama. Terima kasih mama sebab letakkan bantal.” , selamba Fathia berkata kepada mamanya sambil mengeliat. Dia mengendahkan Amin yang ada disebelahnya.

“Mana tak sedap , baring kat atas bahu Amin. Sampai orang kejut pun susah nak bangun.” , usik Puan Alia kepada anaknya.

“Hah ?!” , Fathia terkejut. Matanya sudah terbuka luas seperti sudah mahu terkeluar daripada kelopak. Amin pula hanya memandang pelik kepada mamanya , Puan Aina.

“Dah , jom turun. Papa dah tunggu kat sana tu. “ , ajak Puan Aina sambil menunjuk ke arah Encik Aidil yang sudah ada di salah satu gerai di R&R tersebut. Amin dan Fathia hanya menurut. Mereka terus keluar walaupun muka masing-masing masih berona merah akibat ditegur oleh Puan Alia dan Puan Aina di dalam kereta tadi.

OLDER POST / NEWER POST