budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 16
“Nah ! “ , kata Amin sambil menghulurkan sekuntum bunga ros yang dipetiknya sewaktu dia sedang melihat bunga.

Pada mulanya , dia hanya sekadar mahu melihat bunga ros yang menarik perhatiannya sebentar tadi. Namun, kata-kata Encik Fariz tentang kelemahan Fathia tiba-tiba terlintas difikirannya. Lantas tangannya laju memetik sekuntum bunga ros yang ada disitu.

Kini , bunga ros itu betul-betul berada di hadapan hidung Fathia yang mancung itu.Lalu …

“Haccumm ! “ , Fathia bersin. Dia menyuruh Amin membawa bunga itu jauh daripadanya. Namun ,Amin tidak mengendahkan permintaan Fathia itu. Tangannya tidak berganjak daripada wajah Fathia. Fathia pula sudah mula bersin tanpa henti. Terkekek-kekek Amin ketawa dihadapannya. Sedikit pun tidak ada rasa kasihan kepada Fathia.

“Amin ! “ , Fathia menjerit kecil . Beberapa mata yang ada disitu melihat gelagat mereka.

“Okaylah. Aku berhenti. “ , jawab Amin sambil tersenyum puas. Mungkin sudah puas mengenakan Fathia dengan bunga ros itu. Habis merah hidung Fathia dibuatnya. Fathia juga masih belum berhenti bersin daripada tadi.

“Jah… “ ,belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya , dia bersin lagi. Sungguh teruk alahannya pada bunga.

“Teruknya alahan kau pada bunga eh ? “ , tanya Amin selamba.

“Kesian nanti orang yang nak mengurat kau. Bagi bunga , terus kena marah dengan kau.” , sambung Amin lagi ambil ketawa. Saraf tawanya sudah tidak boleh berhenti. Fathia pula hanya memandang Amin dengan perasaan marah dan sakit hati.

***

Kini , mereka sudah sampai ditempat mama dan papa mereka. Fathia sudah berhenti daripada bersin. Amin pula hanya beraksi seperti biasa.

“Kenapa hidung Fathia merah ni ? “ , tanya Encik Fariz apabila melihat wajah anaknya. Risau sungguh kepada anak tunggalnya itu.

“Nothing.” , jawab Fathia pendek sambil memandang Amin. Amin memandang tempat lain seperti tidak ada apa yang berlaku.

“Dah , jom. Mama kamu semua dah ada kat kedai bunga tu. Entah apa lagi yang mahu diborongnya.” , ajak Encik Aidil pula.

Selesai membeli , mereka pulang semula ke hotel. Sudah penat mereka berjalan. Mereka mengambil peluang itu untuk berehat dan solat Zuhur. Pada petang itu , mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar ke mana-mana.Akibat terlalu kepenatan , semuanya sudah terlena di atas katil masing-masing.

***

Pada sebelah malamnya pula , kedua-dua keluarga itu telah sepakat untuk makan malam di sebuah restoran berdekatan. Masing-masing yang agak kelaparan tidak membuang masa untuk menuju ke kereta Estima milik Encik Fariz. Fathia dan Amin juga begitu. Gayanya seperti sudah tidak makan selama seminggu.

Setibanya di restoran , Encik Aidil , Puan Aina , Encik Fariz dan Puan Alia telah mengambil tempat disisi suami dan isteri masing-masing. Kini , hanya Amin dan Fathia saja belum duduk. Mama dan papa mereka hanya memandang pelik ke arah Fathia dan Amin.

“Kenapa tak duduk ? Nak makan berdiri ke anak mama ni ?” , tanya Puan Alia kepada Fathia.

“Kena duduk sebelah Amin ke ? “ , tanya Fathia lalu memandang wajah Amin. Amin juga masih berdiri di sebelah Fathia.

“Kamu nak duduk sebelah siapa ? Harimau ?” , lawak Puan Alia. Semua yang ada disitu ketawa. Amin dan Fathia saja yang masih membuat muka serius.

Mahu tidak mahu , terpaksalah dia duduk di sebelah musuhnya itu.Fathia masih agak marah dengan perbuatan Amin di Rose Centre tadi. Kerana Aminlah , dia asyik bersin saja pada hari ini. Fathia dan Amin masih senyap. Tidak mahu berkata apa-apa. 


Beberapa minit kemudian , seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Barulah Fathia dan Amin mengeluarkan suara emas mereka itu.

“Saya nak Bihun Goreng dan air Jus Oren.” , Fathia dan Amin memandang sesama sendiri. Mana tidaknya , mereka telah memesan makanan dan minuman yang sama! Puan Aina , Puan Alia , Encik Aidil dan Encik Fariz juga terkejut dengan pesanan yang telah dibuat oleh anak-anak mereka itu.

“Sibuk je !” , marah Fathia dalam hati. Matanya masih tidak berpaling dari melihat muka Amin.

“Kau ni kan , suka meniru betullah ! “ , Amin juga tidak melepaskan peluang untuk melepaskan kemarahannya di dalam hati. Kemudian , dia mengerutkan dahinya ke arah Fathia.

Bagi menghentikan perbalahan itu , Encik Fariz menarik perhatian pelayan itu dengan memesan makanannya. Encik Aidil , Puan Aina dan Puan Alia juga berbuat kemudian. Kasihan pelayan itu , terpaksa menyaksikan aksi-aksi pergaduhan tersebut walaupun dia tidak ada kena-mengena sama sekali. Setelah selesai mengambil pesanan , pelayan itu terus berlari kembali ke bahagian dapur. Mungkin pelayan itu sudah tidak sanggup melayan karenah Fathia dan Amin itu lagi.


***



Suasana di meja makan hanya sunyi sepi. Sesekali terdengar bunyi hilaian ketawa oleh Puan Alia dan Puan Aina. Entah apa yang mereka bualkan. Encik Aidil dan Encik Fariz juga sedang membincangkan sesuatu. Muka mereka kelihatan amat serius. Pasti mengenai urusan bisnes mereka.


Fathia dan Amin ? Sudah pasti wajah mereka masam mencuka. Masih terbawa-bawa dengan perasaan marah yang timbul sebentar tadi. Hanya kerana makanan , mereka berubah menjadi musuh semula.

Lebih kurang lima belas minit kemudian , makanan dan minuman yang dipesan telah sampai. Ahli keluarga yang lain sudah pun mengambil makanan dan minuman masing-masing. Sudah mahu memulakan sesi menjamu selera. Tetapi , dua pinggan Bihun Goreng dan juga dua gelas Jus Oren masih statik di tengah-tengah meja makan. Amin dan Fathia langsung tidak lalu untuk mengambilnya.

“Sayang , awak lapar tak ? Kalau awak lapar , lepas ni kita makan bihun goreng tu pulak okay ?” , tanya Encik Fariz kepada isterinya . Kemudian , dia mengenyitkan sebelah matanya. Puan Alia hanya mengangguk.

“Lagi satu tu bagi kat kamilah. Biar kami yang makan. Lapar pulak rasanya.” , kata Encik Aidil pula. Dia tahu yang sebenarnya Encik Fariz mahu mengumpan anak-anak mereka supaya makan. Jadi , apa salahnya kalau dia turut serta sekali.

Fathia dan Amin yang masih statik ditempat masing-masing terus terkejut. Sanggup mama dan papa mereka berbuat begitu.

“Perut aku dah buat konsert rock ni. Kalau tak ambil , nanti papa makan. Habis bihun aku.” , Fathia membebel di dalam hati sambil memegang perutnya.

“Papa ni. Ingatkan dia nak bungkuskan. Rupanya nak tolong makankan. Mana boleh. Perut aku dah lapar sangat ni.” , Amin membebel seorang diri.

Masih tidak ada reaksi daripada Fathia dan Amin. Lalu , Encik Fariz dan Encik Aidil laju mengambil bihun goreng yang ada dihadapan mereka.

“PAPA !” , Amin dan Fathia terjerit kecil.

“Kenapa ? Kamu tak nak , biarlah papa dengan mama yang makan.” , jawab Encik Fariz sambil mengerutkan dahinya. Encik Aidil pula masih memegang hujung pinggan yang berisi bihun goreng itu.

“Tak perlu susah-susah. Kami boleh habiskan bihun tu. “ , jawab Fathia sambil memuncungkan mulutnya ke arah bihun goreng yang masih dalam pegangan papanya. Amin hanya mengangguk laju. Tidak ada masa lagi untuk berbalah saat perut sedang membuat konsert rock . Mereka memang sudah terlalu lapar. Encik Fariz dan Encik Aidil tersenyum lebar. Lalu , menyerahkan kembali bihun goreng dan jus oren kepada anak-anak mereka semula .Rancangan mereka berjaya !

“Konsert dah tamat ! “ , Fathia berkata selamba apabila dia sudah habis melicinkan sepinggan bihun goreng yang ada dihadapannya. Semua yang ada di meja itu memandang Fathia dengan pelik. Termasuklah Amin.

“What ?” , Fathia berkata . Dia pelik melihat semua mata di meja itu memandangnya. Setelah beberapa saat , barulah dia sedar yang dia telah mengemaskini status perutnya sebentar tadi dengan suara yang agak kuat. Mukanya merah menahan malu. Amin sudah ketawa disebelahnya.

“Apasal ketawa ? Sepak nanti baru tahu !” , kata Fathia sambil menjegilkan matanya kepada Amin. Amin masih belum berhenti daripada ketawa.

“Fathia . “ , kata Puan Alia pendek. Fathia memahami maksud mamanya itu. Dia terus senyap. Amin juga terus berhenti daripada ketawa.

“Dah , jom. Balik hotel. Rehat. Esok nak keluar lagi. “ , suara Encik Aidil memecahkan suasana.
Encik Aidil dan Encik Fariz pergi ke kaunter pembayaran manakala Puan Aina dan Puan Alia sudah bergerak ke kereta. Amin dan Fathia yang masih mendiamkan diri hanya mengekori mama mereka di belakang.

***

Sesudah sampai di hotel tempat mereka menginap , mereka terus kembali ke bilik masing-masing. Hanya Amin dan Fathia saja yang berjalan agak lambat. Ketinggalan di belakang. Sewaktu tengah menaiki tangga hotel , tiba- tiba kedengaran bunyi suara seseorang. Keadaan yang sunyi itu menambahkan lagi suasana seram di tangga itu. 

Apakah bunyi itu ? Tunggu ...

OLDER POST / NEWER POST