budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 6
Fathia di dalam biliknya sedang asyik membelek kalendar.

“Hari ni 30 Disember.Cepatnya cuti dah berlalu.” , kata Fathia seorang diri. 

Tiba-tiba dia terpandang satu kertas memo yang ditampal pada papan kenyataannya.

“Ya Allah ! Mama ! Papa ! “ , Fathia menjerit seperti diserang histeria. Dia bergegas turun ke dapur untuk berjumpa dengan mama dan papanya yang sedang bersarapan.

“Fathia , kenapa ni nak ?” , Puan Alia terkejut melihat anaknya bersikap sebegitu. Encik Fariz juga turut sama terkejut.

“Thia lupa… hari ni hari penjualan buku tulis kat sekolah. “ , Fathia berkata sambil tersenyum kambing kepada mama dan papanya. Dia tahu , pasti papanya akan memarahi Fathia kerana terlupa perkara penting sebegini.

“Astagfirullah , Thia Thia. Benda macam ni pun kamu boleh lupa. Patutlah papa tengok Amin dengan keluarga dia dah keluar sebentar tadi.Dah , pergi bersiap sekarang .Lepas ni kita terus pergi” , bebel Encik Fariz.

“Sikit-sikit Amin. Apa yang bagus sangat entah kat dia tu. Sakitkan hati orang je tahu.” , Fathia mengomel seorang diri.

Papanya telah mengenali Amin dan keluarganya apabila Puan Alia memberitahu tentang jiran baru mereka itu. Papa sangat gembira bertemu dengan En. Aidil , papa Amin. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku antara mereka.Mungkin ada banyak persamaan antara mereka berdua. Puan Alia dan Puan Aina juga begitu. Kelihatan mesra sekali, seperti sudah lama kenal. Tetapi , lain pula yang terjadi kepada Fathia dan Amin. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan hubungan papa dan mama mereka.

Apabila sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr. Ismail , kelihatan ramai ibu bapa bersama anak-anak mereka menguruskan pembelian buku tulis. Fathia dan ibu bapanya terus ke papan kenyataan. Di situ tertulis semua nama-nama pelajar untuk kelas sesi tahun depan. Keadaan di situ agak sesak kerana semua pelajar mahu mengetahui kelas mereka. Fathia yang agak kecil berasak-asak untuk pergi ke bahagian hadapan.

“Akhirnya , dapat jugak tengok. Let’s see  , where’s my name. Nur Fathia Umaira.” , sambil meneliti kertas-kertas A4 yang tertampal pada papan kenyataan itu.

“Gotcha ! 2 Ibnu Sina. Sama kelas macam tahun lepas. Yay ! “ , Fathia bersorak kegembiraan lalu berlari ke arah papa dan mamanya. Namun , lariannya terus terhenti apabila melihat papa dan mamanya sedang berbual dengan papa dan mama Amin.

“Jumpa lagi. Tak ada orang lain ke yang boleh terjumpa? ” ,Fathia mengomel seorang diri. Dia baru berkira untuk melarikan diri, namun malang sungguh nasib Fathia apabila En. Fariz melihat kelibatnya. Dia memanggil Fathia dari jauh. Fathia berjalan lemah ke arah papa dan mamanya.

“Fathia , salam Aunty Aina .” , arah Puan Alia kepada Fathia. Fathia hanya menurut.

“So ,what’s your class next year ?” , tanya Puan Aina riang.

“Same like this year , 2 Ibnu Sina.” , jawab Fathia pendek.

“Eh , sama dengan Amin. Ada jodoh ni.” , pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Puan Aina itu menyebabkan mata Fathia terbeliak. Dia sudah seperti terkena serangan jantung.

“Menghadap muka dia lagi ?! No way !” , getus hati Fathia.

Puan Alia yang pelik melihat puterinya itu terdiam terus menggoyangkan bahu Fathia.

“Kenapa ni Thia ? Seronok sangat ke dapat sekelas dengan Amin ? “, soal mamanya sambil ketawa. Puan Aina juga turut ketawa.

“Suka ? Tak ada maknanya nak suka ! “ , marah Fathia di dalam hati.
“Tak ada apa-apa. Tak perasan pulak nama dia masa check kat list name tu.” , jawab Fathia tenang. Dia tidak mahu menunjukkan ketegangannya apabila mendapat tahu perkara yang dia tak pernah bayangkan.

Tiba- tiba , Amin muncul bersama sebuah beg yang berisi buku-buku tulis sekolah. Hati Fathia bertambah membara apabila melihat muka Amin itu.

“Amin , dah sampai pun anak mama.” , kata Puan Aina.

“ Tahun depan Amin satu kelas dengan Fathia lagi. Dapatlah Amin selalu berjumpa dengan dia.” , Puan Aina menyambung lagi.

Kali ini Amin pula yang membulatkan matanya seperti hendak terkeluar. Terkejut beruk dibuatnya.

“What ? No , I mean okay.” , ayat itu terlepas daripada mulutnya.

“Menghadap muka minah ni lagi. Ya Allah. Kenapalah kena jumpa dengan dia lagi. Tapi kan ,apa salahnya. Boleh aku kacau dia lagi.” , kata Amin dalam hati sambil tersengih.

“Okay lah En.Aidil , Puan Aina. Kami nak uruskan pembelian buku Fathia pula. Sudah agak lambat ni.” , kata En. Fariz kepada papa dan mama Amin. Kemudian mereka bersalaman antara satu sama lain.

Fathia segera membawa papa dan mamanya ke tempat penjualan buku. Dia membuang jauh lamunannya terhadap Amin.Setelah selesai semuanya, mereka pun pulang ke rumah mereka semula. 

OLDER POST / NEWER POST