budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 63
“Bu , Azim pergi dulu okay. Adik , jaga ibu.” , ujar Azim sebelum mereka bertolak ke destinasi percutian mereka. Aida mencebik. Dia mahu sekali turut serta , tetapi kerana dia sedang menghadapi SPM , terpaksalah dia melupakan hasratnya itu.

“Bawak kereta tu baik-baik. Jaga anak dara orang tu.” , pesan Puan Maznah. Azim tersengih.

“Assalamualaikum.” , dia bersalam dengan ibunya dan juga adiknya. Kemudian , dia terus masuk ke dalam kereta Vios miliknya. Terus menuju ke rumah Fathia kerana mereka yang lain sedang menunggunya di situ.

“Azim , jaga anak Aunty baik-baik tau.” , ujar Puan Alia kepada Azim. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman.

“Mama betul ke tak nak ikut ?” , Fathia bertanya sekali lagi.

“Kan mama dah kata , mama dengan papa ada hal. Lain kali ya sayang ?” , jawab Puan Alia sambil memandang wajah anaknya itu. Fathia mengeluh. Dia mencapai tangan ibunya lalu dicium.

“Kami pergi dulu ya Aunty.” , Izzati bersuara. Dia turut bersalam dengan Puan Alia.

“Assalamualaikum.” , ucap Azim perlahan. Tidak sampai beberapa minit , kereta Vios milik Azim meninggalkan perkarangan rumah Fathia.

“Sungai Congkak ! Here we come !” , jerit Izzati di dalam kereta.

***

“Ohohoi , tadi punya kuat menjerit. Takkan dah senyap kot ?” , tanya Ammar kepada dua orang wanita yang duduk di bahagian belakang. Senyap. Tidak ada sahutan. Ammar menoleh ke belakang.

“Lah , tidur pulak ? Macam nak jalan jauh sangat je.” , bebel Ammar lagi. Azim hanya mapu tersenyum. Mereka telah membuat keputusan bahawa mereka akan bercuti di Sungai Congkak selama 2 hari 1 malam sahaja. Bukan tidak suka , cuma masing-masing mempunyai komitmen kepada profesion masing-masing. Lainlah Izzati , setiap tahun dapat cuti panjang daripada kerajaan.

“Azim.” , panggil Ammar disebelahnya.

“Yes ?” , Azim menyahut panggilan kawannya itu.

“Jaga hati Fathia baik-baik. Hati dia dah lama sangat terluka.” , ujar Ammar dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi aku tak ada apa-apa dengan dia.” , Azim membalas sambil mengerutkan dahinya.

“Kita sama-sama lelakilah. Aku tahu , kau suka pada Fathia.” , kata Ammar lagi. Azim sudah tersipu malu.

“Tengku Ihsan bukan pakwe Fathia ke ?” , tanya Azim. Ammar tergelak kecil.

“Entah , kawan mungkin.Lagipun , Fathia tak pernah cakap dia ada perasaan kat Ihsan.” , Ammar memberitahu.

“Perasaan dekat aku dia ada cakap ?” , usik Azim. Ammar ketawa lagi.

“Tak habis-habis dengan lawak kau tu.” , balas Ammar yang masih dengan sisa tawanya. Azim hanya tersenyum.

***

“Cik kak oi , bangun !” , jerit Ammar mengejutkan dua orang puteri yang sedang lena dibuai mimpi. Fathia sudah tersedar. Terpisat-pisat matanya memandang Azim. Dia keluar daripada perut kereta.

“Muka macam momok dah.” , usik Azim. Fathia menjegilkan matanya. Azim tertawa.

“Awak jangan cari pasal dekat sini eh ?” , pesan Fathia. Azim hanya buat-buat tidak tahu.

Akhirnya , perjalanan yang memakan masa kurang daripada setengah jam itu sampai juga pada jam 3 petang. Kelihatan ramai pengunjung yang datang ke sini. Almaklumlah , cuti sekolah. Masing-masing mengambil peluang untuk merehatan minda.

“Ni kunci bilik awak dengan Izzati. Lagi satu kunci untuk saya dan Ammar.” , kata Azim sambil memberikan sebuah kunci bilik kepada Fathia. Fathia hanya mengangguk.

“Saya nak masuk bilik dulu. Nak letak barang.”, ujarnya kepada Azim.

“Nak saya tolong ?” , tanya Azim. Laju Fathia menggeleng. Azim hanya tersenyum.

“Izzati , jom letak barang dulu.” , ajak Fathia. Izzati menurut. Dia mengambil beg sandangnya , terus meninggalkan Ammar dan Azim berdua di situ.

***

“Azim , mana diaorang ni ? Apasal lambat sangat ?” , tanya Ammar risau. Sudah lima belas minit Fathia dan Izzati pergi ke bilik , tetapi mereka masih belum kembali lagi.

“Tak tahulah. Nak cari dia ke ?” , cadang Azim. Ammar hanya mengangguk. Mereka menyandang beg masing-masing. Menuju ke bilik chalet yang telah disewa untuk Fathia dan Izzati.

“Pintu berkunci. Selipar pun tak ada.” , ujar Azim. Ammar sudah menggelabah. Takut ada sesuatu terjadi pada mereka berdua itu.

OLDER POST / NEWER POST