budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 27
 “Cepatlah bagitahu.” , Fathia berkata kepada Amin yang masih mendiamkan diri.

“Erm… Kau kena suapkan aku kek coklat ni !” , kata Amin selamba. Mata Fathia terbuntang mendengar ayat yang keluar daripada mulut Amin itu.

“What ? Are you crazy ?” , Fathia menjerit kecil. Amin masiih membuat muka selambanya itu.

“Mamat ni memang dah gila !” , Fathia merungut di dalam hati.

"Mana ada gila , waras lagi." , balas Amin. Fathia mengerutkan dahinya.

“Okay. Cepat !” , arah Fathia. Amin tersenyum ke arah Fathia.

“Eh sekejap. Nak buat apa ni ?” , tanya Izzati yang pelik melihat mulut amin sudah ternganga.

“Just see it okay ?” , arah Fathia. Izzati dan Ammar hanya memandang Fathia dan Amin.

“Kau nak sangat aku suap kau kan ? Ni ha , makanlah kau puas-puas.” , kata Fathia kepada Amin. Belum sempat kek itu masuk ke mulut Amin , Fathia menonyoh mulut Amin dengan itu. Habis comot dibuatnya.

“Fathia ! Kurang ajar kau !” , jerit Amin. Fathia sudah ketawa terkekek-kekek. Ammar dan Izzati juga begitu.

“Kau kelihatan sangat hensem !” , perli Fathia.

“Kau pun kelihatan sangat cantik dengan ini !” , kata amin sambil menonyoh kembali mulut Fathia dengan kek coklat.

“Woi ! Apa ni !” , jerit Fathia pula. Izzati dan Ammar masih belum berhenti ketawa.

“Fair and square right ? “ , tanya Amin. Dia sudah bangun dari bangku yang mereka duduk. Seperti tahu apa yang akan terjadi selepas itu.

“Kau ! Jangan lari !” , jerit Fathia. Kemudian , dia mengejar Amin.

“Budak dua orang ni memang tak penat eh ? Asyik berlari je. Tahulah atlet sekolah.” , bebel Izzati. Ammar hanya mengangguk tanda setuju. Kemudian , mereka ketawa semula.

***

Bulan Syawal sudah lama berlalu , kini Peperiksaan Akhir Tahun pula bakal menjelang tiba lebih kurang dua minggu lagi. Semua pelajar SMK Tun Dr. Ismail sudah giat mengulangkaji pelajaran. Buku rujukan yang tinggi menggunung sudah mula dibelek satu persatu. Buku-buku latihan yang masih kosong juga sudah mula dipenuhkan dengan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari.

“Izzati , jom buat study group dekat rumah aku. Periksa dah dekat ni.” , cadang Fathia dengan suara yang perlahan. Ketika ini mereka sedang berada di perpustakaan sekolah. Jadi , mereka perlu mengawal suara mereka.

“Boleh jugak. Petang ni pukul tiga petang.” , bisik Izzati. Fathia hanya mengangguk.

“Okay , set !”, jawab suara di meja belakang mereka. Fathia dan Izzati sudah mengerutkan dahi mereka.

"Siapa pulak yang menyampuk ni ?" , tanya Izzati kepada Fathia. Mereka berdua terus memandang ke arah belakang.

“Kau ?! Aku tak nak ajak kau pun lah ! “ , Fathia menjerit kecil.

“Alah , bolehlah. Please.” , jawab suara itu sambil tersenyum ke arah Fathia.

“Amin , can you stay away from me for a sec ?” arah Fathia. Rupanya Amin dan Ammar telah mendengar perbualan mereka tentang study group tersebut.

“Like I said before ,  cannot.” , jawab Amin dengan selamba. Izzati dan Ammar masih statik memandang dua manusia dihadapan mereka itu.

“Muhammad Amin Raiqal.” , Fathia menyebut nama penuh Amin. Dia menjegilkan matanya kepada Amin.

“Nur Fathia Umaira.” , Amin juga tidak mahu mengalah. Baru saja Fathia mahu membalas , kedengaran suara seorang perempuan.

“Okay class , times up. Please go back to your class silently.That’s all. Thank you.” , arah Cikgu Fatimah , guru Bahasa Inggeris 2 Ibnu Sina.

“Petang ni jadikan ?” , tanya Izzati mahukan kepastian. Fathia hanya mengangguk.

“Kami pun boleh turut sertakan ?” , tanya Amin yang merujuk kepada dirinya dan Ammar.

“Bila masalah mamat ni ada kat belakang aku?” , Fathia mengeluh.

“Kalau aku cakap tak boleh pun , kau tetap datangkan ?” , perli Fathia. Amin dan Ammar hanya tersenyum sipu.

“Apa senyum-senyum ? Bagi penampar seorang satu baru tahu.” , ugut Fathia. Kemudian , dia menarik tangan Izzati , meninggalkan mereka berdua di belakang.

***

“Mama , hari ni Amin ada study group dekat rumah Aunty Alia.” , kata Amin kepada Puan Aina.

“Berdua ?” , tanya mamanya sambil mengerutkan dahi.

“No ! With Ammar and Izzati too.” , Amin terjerit kecil. Kemudian , dia tersenyum kepada Puan Aina.

“Okay . Tapi jangan kacau anak dara orang pula eh. Siap amin kalau Aunty Alia mengadu.” , ugut Puan Aina. Kali ini , Amin pula yang mengerutkan dahinya.

“I’m not interested with her , ma.” , kata Amin.

“Oh yeah ? We’ll see it later.” , ujar Puan Aina. Amin agak tersentak dengan ayat yang dikeluarkan oleh mamanya itu.

“Dahlah ma. Min nak siap-siap. Kalau lambat lagi , habislah kena baham dengan singa tu.” , bebel Amin lagi.

“What did you say ?” , tanya Puan Aina. Dia agak pelik dengan ayat hiperbola Amin itu.


"Tak ada apa-apa pun." , balas Amin lalu terus meninggalkan mamanya. Dia berlari naik ke kamarnya.

***

“Mana abang-abang hensem ni ? Jalan mengalahkan Cik Kiah nak pergi pasar. Terkedek-kedek.” , bebel Izzati. Fathia hanya mendengar keluhan rakannya itu.

“Aku tahulah kau tak sabar nak tunggu pengarang jantung kau tu sampai. Bawalah bersabar. Sekejap lagi , satu rombongan datang nak meminang kau terus.” , balas Fathia panjang.

“Amboi. Ni siapa yang menggatal ? Kau ke aku ?” , tanya Izzati lagi. Fathia hanya menyengih seperti kerang busuk.

“Assalamualaikum , kami datang nak meminang .” , seseorang diluar rumah Fathia memberi salam. Fathia dan Izzati yang mendengar salam itu terus keluar. Puan Alia juga begitu.

“Lah , aku ingat mamat mana nak meminang aku.” , keluh hati Fathia. Kemudian , Puan Alia mencubit pinggang Fathia.

“Sakitlah mama.” , ujar Fathia.

“Masuklah. Pintu tak berkunci.”, arah Puan Alia kepada Amin dan Ammar.

“Awal sampai ?” , perli Fathia. Izzati hanya berdiam diri.

“Eh , mestilah ! Kami ni memang menepati masa. Lagi-lagi kalau nak pergi date macam hari ni.” , balas Amin selamba. Fathia sudah mengecilkan matanya dan memandang ke arah  Amin.

“Okay guys , let’s start with our study.”  , kata Izzati. Dai tidak sanggup melihat pergaduhan antara dua musuh itu lagi.

“Sah !” , jerit Ammar. Seisi rumah memandangnya.

Apa yang SAHnya ? Tunggu ...

OLDER POST / NEWER POST