budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 68
“Aunty , Azim mana Azim ?” , tanya Fathia kepada Puan Maznah.

“Dia kat dalam lagi.” , jawab Puan Maznah lemah. Air mata Fathia mengalir lagi.

“Ya Allah , Kau selamatkanlah Azim. Aku tak sanggup untuk kehilangan buat kali kedua. Tolonglah hambamu ini , Ya Allah.” , ucap Fathia. Dia duduk di ruang menunggu. Beberapa minit kemudian , kelihatan Ammar dan Izzati telah sampai. Tengku Ihsan juga ada.

“Izzati , aku tak nak kehilangan Azim.” , ucap Fathia teresak-esak.

“Fathia , jangan macam ni.” , Izzati cuba menenangkannya.

“Aku tak nak jadi macam Amin dulu. Aku tak nak.” , ujar Fathia lagi. Hatinya sudah cukup sakit apabila sahabatnya pergi meninggalkan dia. Dia sudah tidak sanggup jika terpaksa mengharunginya untuk kali kedua. Dia tidak kuat.

“Doc , where’s Azim ?” , tanya Fathia apabila melihat seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu.

“Alhamdulillah.Dia sempat diselamatkan.Tetapi , keadaannya kritikal . Dia kehilangan banyak darah. Kita kena buat pemindahan darah dengan segera.” , jelas doktor itu dengan panjang lebar.

“Doc , take my blood.” , ujar Fathia. Semua mata yang ada disitu terkejut.

“Mari ikut saya.” , balas doktor itu. Fathia hanya mengangguk.

“Izzati , tolong tengokkan beg aku okay.” , pesan Fathia. Izzati hanya mengangguk. Kemudian , dia mengekori doktor itu.

***

“Aunty , Aida. Baliklah rumah dulu. Biar Fathia tengokkan Azim. Ihsan , awak boleh tolong hantarkan mereka kan ?”, kata Fathia. Tengku Ihsan mengangguk manakala Puan Maznah dan Aida pula hanya menurut.

“Jaga diri baik-baik ya.” , pesan Tengku Ihsan. Fathia hanya tersenyum pahit. 

Dia masuk semula ke dalam wad. Azim sudah terbaring di atas katil. Tangan kanannya patah akibat rempuhan yang kuat. Lukanya juga tidak banyak. Yang teruk hanyalah bahagian kepalanya. Dia kehilangan banyak darah. Mujurlah Fathia mempunyai jenis darah yang hampir sama dengan Azim.

“Azim , bangunlah. Jangan tinggalkan saya.” , ucap Fathia. Badannya juga agak lemah kerana baru sahaja menderma darah. Apabila doktor menyuruhnya berehat sebentar , dia menolak. Dia tidak mahu berenggang dengan Azim.

“Awak jangan tinggalkan saya sorang-sorang tau.” , air matanya masih mengalir. Dia menatap tubuh yang ada dihadapannya itu.

“Saya janji kalau awak bangun, saya tak merajuk dengan awak lagi. Okay ?”, Fathia mengesat air mata yang mengalir dipipinya. Dia meletakkan kepalanya di atas katil. Tanpa disedari , dia tertidur.

***

“Fathia.”, ucap Azim lemah. Fathia tersedar dari tidurnya. Terus dia bangun lalu menekan butang kecemasan.

“Azim.” , air mata Fathia mengalir lagi.

“Thia...” , Azim mahu menyampaikan sesuatu.

“Shhh. Jangan bercakap.” , Fathia melarang. Beberapa minit kemudian , seorang doktor dan jururawat masuk ke dalam wad itu. Memeriksa keadaan Azim. Fathia pula harus tunggu di luar.

“Macam mana dengan dia ?” , tanya Fathia. Doktor itu tersenyum.

“He’s stable.” , ujar doktor itu lalu terus meninggalkan Fathia.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.” , ucap Fathia dengan gembira. Dia masuk semula ke dalam wad. Kegembiraan jelas terpancar diwajahnya apabila dapat melihat Azim membuka mata.

“Sekejap ya. Saya nak telefon mak awak.” , kata Fathia . Dia mengeluarkan iPhone miliknya , terus mendail nombor Puan Maznah. Fathia tersenyum ke arah Azim.

“Kenapa awak bawak kereta laju-laju ?” , tanya Fathia apabila dia selesai menelefon Puan Maznah.

“Buat apa awak nak risau ? Saya kan ada kekasih.” , ucap Azim lemah.

“Alamak , dia dah tahu ? Nak merajuk ke mamat ni ? Habis.” , Fathia membebel dalam hati.

"Fathia..."

“Shhh. Dr. Fathia arahkan pesakit dia tak boleh cakap banyak-banyak.” , sekali lagi Fathia mengeluarkan isyarat senyap. Azim tersenyum segaris.

***

“Assalamualaikum.” , Aida memberi salam kepada Fathia dan Azim.

“Waalaikumsalam.” , jawab Fathia yang sedang menyuapkan bubur kepada Azim.

“Wah , bestnya jadi orang sakit. Makan pun doktor suapkan.” , usik Aida. Fathia tersenyum menahan malu.

“Cemburu ke dik ? Sini akak suapkan sekali.” , ajak Fathia. Azim menggelengkan kepalanya.

“Alah , abang ni. Ngada-ngada.”, ujar Aida lagi. Fathia ketawa kecil.

“Ibu boleh suapkan lah.” , kata Puan Maznah. Aida terus meluru ke ibunya. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya kepada Azim.

Kemudian , Izzati , Ammar , dan Tengku Ihsan turut datang. Bertambah meriah apabila Puan Alia dan Encik Fariz juga datang melawatnya. Untung Azim. Bak kata orang , rezeki orang sakit.

OLDER POST / NEWER POST