budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 5
Cuti sekolah telah pun bermula sejak dua minggu lepas. Fathia yang merupakan anak tunggal kepada Encik Fariz dan Puan Alia kelihatan agak bosan bersendirian di rumah. Mendiami di sebuah rumah banglo dua tingkat , dia telah dilabelkan antara pelajar yang kaya di sekolahnya.

“Mama , ada jiran baru yang pindah sebelah rumah kita ke ma ?” , tanya Fathia kepada Puan Alia sambil menghendap di tingkap.

“Entahlah Fathia , papa tak ada bagitahu apa-apa pulak kat mama.Pergilah keluar , tengok.” , suruh Puan Alia dengan lemah lembut.

“Malulah mama. Thia bukan kenal pun jiran baru tu.” , getus Fathia.

“Ada pulak macam tu. Dah , pergi ambil tudung. Ikut mama. Kita pergi jumpa sama-sama.” , ajak Puan Alia lagi.
Fathia melangkah longlai ke biliknya dan turun ke bawah semula dalam keadaan bertudung. Puan Alia yang juga sudah bersiap terus keluar untuk menyapa jiran baru mereka itu. Fathia pula hanya mengikut di belakang ibunya.

“Assalamualaikum , puan baru berpindah ya ? Saya Alia , jiran baru awak.” , sapa Puan Alia mesra.

“Waalaikumsalam , ha’ah. Baru je nak masuk rumah ni. Saya Aina. Gembira dapat berkenalan dengan awak , Puan Alia.” , balas Puan Aina sambil tersenyum.

“Itu anak awak ? Cantik orangnya.” , tiba-tiba Puan Aina bertanya. Berubah rona muka Fathia yang berada di sebelah Puan Alia.

“Ha’ah , Fathia namanya. Baru 13 tahun.” , jawab Puan Alia.

“Lah , sebaya dengan anak bujang saya. Sebentar saya panggilkan dia.” , Puan Aina terus masuk ke rumah dan menjeritkan nama seseorang. Mungkin nama anaknya itu. Fathia yang berada di sisi mamanya hanya berdiam diri.

“Puan Alia , ini Amin. Anak bujang dan juga anak tunggal saya.” , kata Puan Aina riang. Kemudian , Amin bersalaman dengan Puan Alia. 

Fathia pula bagaikan terkena renjatan elektrik apabila mendengar nama itu. “Dia ke ? Takkan lah. Bukan dia sorang je nama Amin.” , bebel Fathia dalam hati. Dia yang sedang memandang lantai terus memberanikan diri untuk melihat muka anak Puan Aina itu.

“Kau ? “ , Amin dan Aina saling berpandangan dan menunjukkan jari telunjuk mereka ke arah musuh masing-masing. Ternyata anggapan yang telah di buat oleh Fathia meleset sama sekali. Itu ialah Amin , Muhammad Amin Raiqal . Musuh ketatnya di sekolah. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

“Thia kenal Amin ? Lah  , tak sangka betul kan Puan Aina.” , kata Puan Alia sambil ketawa.

“Mana boleh tak kenal . Dia satu kelas dengan Thia masa tingkatan 1 dulu. “, jawab Fathia lemah.

“Amin tak pernah bagitahu mama pun eh? Senyap-senyap je Min ni.” , kata Puan Aina kepada Amin. Amin hanya tersenyum paksa.

“Macam mana lah minah ni boleh jadi jiran aku ?” bebel Amin dalam hati.

“Dah tak ada rumah lain ke kau nak pindah. Sebelah rumah aku jugak yang kau sibuk! “ , Fathia tidak ketinggalan menyatakan protesnya di dalam hati. Tidak berani untuk berkata sebegitu di hadapan mamanya.

Sementara Puan Alia dan Puan Aina rancak berbual , Fathia meminta izin dengan mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Tidak sanggup rasanya hendak menghadap muka musuhnya itu terlalu lama. Amin juga bertindak begitu. Baginya lebih baik dia mengemas biliknya daripada menghadap wajah Fathia yang dikata cantik oleh ibunya. Setelah itu , tinggallah mama-mama mereka sahaja yang berada di luar rumah.

OLDER POST / NEWER POST