budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 36
“Assalamualaikum  aunty.” , Fathia memberi salam kepada Puan Aina yang berada diluar. Puan Aina memandangnya lalu mempamerkan senyuman.

“Waalaikumsalam ,Thia. Ada apa ?” , tanya Puan Aina. Fathia menghampiri perempuan dihadapannya itu lalu membisikkan sesuatu.

“Baiklah.” , jawab Puan Aina.

“Saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” , Fathia meminta izin untuk pulang. Mukanya kelihatan gembira sekali.

“Waalaikumsalam.” , jawab Puan Aina lalu terus masuk ke dalam rumahnya.

***

“Ma , Amin pergi taman dulu ya.” , ujar Amin. Mamanya hanya mengangguk. Amin keluar , mencapai sandalnya dan terus berlalu ke taman yang berdekatan dengan rumahnya itu.Dia berjalan seorang diri.

“Ah , aku nak duduk mana?” , tanya Amin kepada dirinya sendiri apabila mendapati bangku-bangku sudah penuh. Tiba-tiba , dia terpandang satu bangku yang masih kosong. Dia terus berjalan ke arah bangku itu.

“Assalamualaikum.” , sapa satu suara di belakangnya. Amin agak terkejut.

“Hantu mana pulaklah yang nak kacau aku ni.” , getus hati Amin. Badannya menggeletar. Dia memberanikan diri untuk memandang ke arah suara itu.

“Waalaikum…salam.” , Amin menjawab salam itu dengan tergagap-gagap. Ditenung wajah yang ada dihadapannya. Amin berdiri sudah berkira-kira mahu meninggalkan tempat itu.

“Amin.” , panggil suara itu.

“Nak apa ?” , Amin menjawab lemah.

“Kenapa nak pergi ? Aku kan dah sampai.” , tanya suara itu lagi.

“Mama aku suruh jumpa seseorang ,tapi bukan kau.” , jawab Amin.

“Aku yang suruh mama kau jumpa aku.” , jelas suara itu lagi. Amin mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah empunya suara itu.

“Engkau yang sibuk nak jumpa aku rupanya.” , ujar Amin. Rupanya , Amin pergi ke taman bersebab. Ianya kerana mamanya mahu Amin bertemu dengan seseorang. Tetapi Puan Aina tidak memberitahu siapa orangnya.

“Ya , aku. Nur Fathia Umaira binti Fariz.” , suara itu memperkenalkan diri.

“Aku nak balik.” , kata Amin. Fathia merenung wajah Amin.

“Aku nak bagitahu kau sesuatu. So , you can’t go back !” , arah Fathia. Amin tidak mengendahkan ayat Fathia itu. Kakinya sudah mula melangkah.

“Muhammad Amin Raiqal. I’m sorry.” , ucap Fathia lemah. Amin menghentikan langkahnya.

“For what ? Kau tak buat salah pun kat aku.” , tanya Amin pelik.

“Kalau aku tak buat salah , mesti kau tak nak balik. Kan ?” , Fathia bertanya lagi. Amin masih berdiri tegak dihadapan Fathia.

“Jom duduk.” , ajak Fathia. Amin hanya menurut.


"Kau nak apa ?" , Amin mengeluarkan suara emasnya itu.

“Aku nak minta maaf. Aku tahu , kau sakit hati dengan aku pasal 24 jam sehari , tujuh hari seminggu aku asyik membebel pasal Tengku Ihsan. So , aku nak minta maaf kat kau.” , jelas Fathia dengan panjang lebar.

“Eh , mana ada. Siapa cakap?”, Amin tidak mahu mengaku dek kerana egonya yang tinggi.

“Mata hati kau yang cakap.” , jawab Fathia selamba.

“Okay , I admit it. Aku bosan asyik dengar nama dia je.” , Amin akhirnya mengaku juga.

“Bosan ke cemburu ?” , tanya Fathia perlahan. Amin terkedu mendengar soalan itu. Dia membiarkan saja soalan itu hilang dibawa angin.

“Maafkan aku ke tidak ni ?” , tanya Fathia lagi.

“Boleh , tapi ada syarat.” , Amin tersenyum ke arah Fathia. Fathia mengerutkan dahinya.

“Syarat lagi. Kau ni.” , Fathia mengeluh lemah. 

***

“Woi , jahatlah kau ni.” , jerit Fathia termengah-mengah. Mana tidaknya , ini sudah kali ketiga dia berlari mengelilingi taman itu. Amin juga turut berlari bersamanya walaupun dia hanya memakai sandal.

“Jahat tak jahat. Kau dah pun setuju untuk lari tujuh pusingan keliling taman.So , don’t make a noise.” , bebel Amin lalu meneruskan lariannya. Fathia mengeluh keras.

“Mana minah ni ? Dah tak membebel lagi ke ?” , Amin bertanya kepada dirinya. Dia pelik kerana suara Fathia sudah tidak kedengaran lagi. Amin menghentikan lariannya.

“Fathia ?” , panggil Amin. Tiada jawapan.

“Fathia ?” , Amin memanggil sekali lagi. Juga tiada jawapan.Tanpa membuang masa , dia terus menoleh ke belakang. Fathia sudah tiada. Ghaib entah ke mana.

"Fathia ?" , Amin menjerit lagi. Dahinya sudah mula berpeluh walaupun angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di taman itu.

Di mana Fathia sebenarnya ?

OLDER POST / NEWER POST