budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 43
“Kita persilakan kumpulan pertama untuk membuat persembahan.” , Cikgu Nazirah memulakan pertandingan yang telah dianjurkannya. Peserta daripada kumpulan pertama ialah Irfan Hakiki dan Ainie Nasuha. Mereka merupakan ahli kelab teater dan mereka sangat sangat bernasib baik kerana mendapat tugasan untuk melakonkan watak dalam kisah Si Tanggang.

“Eh , sesuai betullah dia orang tu kan ? Dah macam pasangan kekasih pulak.” , puji Fathia. Izzati hanya mengangguk tanda setuju.

“Tanggang , ini mak nak. Ibu kau.Kau dah lupa pada mak ke ?” , Ainie melontarkan dialog dengan penuh perasaan. Dia melakonkan watak ibu si Tanggang. Jadi , lakonannya memang penuh emosi.

“Kau siapa ? Kau bukan mak aku ! Mak aku sudah mati !” , Irfan juga tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan bakatnya. 

Semua pelajar 3 Ibnu Sina senyap. Menjadi penonton setia. Cikgu Nazirah yang melihat lakonan itu turut tersentap. Memang layaklah Irfan Hakiki dan Ainie Nasuha terpilih dalam pertandingan teater di SMK Tun Dr. Ismail. Lakonan mereka sudah setanding dengan pelakon-pelakon di kaca televisyen.

Setelah Irfan Hakiki sudah tidak bergerak lagi , maka persembahan kumpulannya telah tamat. Mereka berdua mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar.

Satu satu kumpulan maju kehadapan untuk mempersembahkan tugasan yang telah disuruh oleh Cikgu Nazirah. Ada yang sedih , ada yang gembira dan ada juga yang kelakar.Izzati dan Ammar yang kononnya menjadi pengacara juga turut menghiburkan hati semua pelajar 3 Ibnu Sina. Mana tidaknya , asyik-asyik tersalah cakap saja. Lagi-lagi si Ammar. Pecah perut semua pelajar dibuatnya.

“And the last group , Fathia and Amin.” , Cikgu Nazirah berkata sambil mengukirkan senyuman.

Fathia dan Amin berdiri , menuju ke hadapan. Fathia membisikkan sesuatu kepada Cikgu Nazirah. Cikgu Nazirah hanya mengangguk. 

Fathia mengambil tempat , dia berdiri dihadapan papan keyboard yang ada di dalam bilik muzik itu. Amin melihat wajah Fathia. Fathia pula hanya tersenyum memberikan isyarat mula kepada Amin.

Tangan Fathia sudah mula bergerak dari satu papan kekunci ke papan kekunci yang lain mengikut not muzik yang tertera dihadapannya. Sungguh merdu. Apabila sudah tiba bahagian Amin untuk menyanyi , Amin memejamkan matanya. Apabila matanya dibuka semula , suaranya mula mengalunkan lagu Tercipta Untukku nyanyian kumpulan Ungu.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Semua murid 3 Ibnu Sina terpaku. Bukan saja kerana mendengar suara Amin yang tidak pernah disangka semerdu itu , tetapi juga kelebihan Fathia yang boleh memainkan keyboard tersebut. 


Mereka semua tidak pernah tahu yang Amin dan Fathia mempunyai bakat sebegini.Termasuklah Ammar dan Izzati sendiri. 


Fathia berdiri di sebelah Amin. Mereka sama-sama menunduk tanda hormat. Seisi kelas memberikan tepukan yang gemuruh untuk mereka berdua. Amin dan Fathia tersenyum bangga.

OLDER POST / NEWER POST