budak membaca
//ISYA-FANFIC

Entry Kau&Aku C.M.B Credit
Bonjour Fellas !
Karya terbaru , Cinta Muka Buku yang dibintangi oleh Arief Mikhail dan Arissa Sofea sudahpun bermula. Diharap karya kali ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua. Segala kesempurnaan datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Syukran :)
KAU DAN AKU - EPISOD 3
“Hai Fathia , gembira nampak ? Saya tahulah exam akhir tahun minggu depan.”, tegur Cikgu Salmi riang.

Fathia hanya tersenyum tersipu-sipu. Kemudian, Cikgu Salmi mengarahkan Amin supaya mengagihkan jadual peperiksaan yang akan mereka hadapi pada Isnin hadapan.

Tiba-tiba , kelas 1 Ibnu Sina bagai didatangi pelawak tersohor. Mereka semua tertawa . Fathia yang agak merasa pelik , memandang ke hadapan kelas.

“Oh , baru aku teringat. Mengelamun je kau ni Fathia.” , kemudian dia turut sama ketawa.

Amin yang pelik melihat keadaan tersebut bertanya kepada Ammar, rakan karibnya. Mukanya bertukar kepada rona merah apabila mendapat tahu yang seluarnya itu dipenuhi dengan gam.Sangat selekeh. Amin segera meminta izin daripada Cikgu Salmi untuk ke tandas. Lari pecut 100 meter dibuatnya.

Setelah membersihkan seluarnya itu , dia termenung.

“Ini mesti kerja kau kan minah ? Fathia ! “, dia terasa seperti mahu menjerit nama itu, tetapi ditahannya lalu kembali menyambung P&P di dalam kelas seperti tidak ada apa-apa berlaku.

Setelah menghadapi keadaan yang perit dan memalukan di dalam kelas , akhirnya loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya kelas untuk hari ini.

“Hari ni dah Jumaat , minggu depan exam. Lebih baik aku jumpa dia.”, kata Amin.

“Fathia ! “ , jerit Amin sambil mengejar Fathia yang berjalan menuju ke tempat menunggu bas bersama Izzati.

“Apa lagi yang mamat ni nak ? Nak marah lagi ke ? Malas aku nak layan.” , Fathia mengomel sendirian. Izzati hanya berdiam diri. Takut dimarahi.

Tiba-tiba , muncul Amin dihadapan mereka. Terkejut beruk dibuatnya.Nasib baik tak ada sakit jantung.Kalau tidak , dah ‘jalan’ agaknya.

“What do you want more , Mr.Muhammad Amin Raiqal ?” , sengaja Fathia memanggil nama penuhnya.

“Ms.Nur Fathia Umaira , I need to talk with you. 5 minutes ?” , sambil menunjukkan lima jarinya kepada Fathia.

Izzati yang memahami keadaan itu segera meninggalkan mereka berdua. Fathia memandang muka Amin.

“So, what do you want to say ? Hurry up.”, malas hendak melayan karenah si Amin.

“ Aku nak mintak maaf kat kau. Yalah, minggu depan kan dah exam. Jadi ,aku nak mintak maaf lah kat kau. Aku ni kan jahat.” , kata Amin lemah.

“Sedar pun diri tu jahat.” , ayat itu terpacul daripada mulut Fathia. Kemudian, dia menekup mulutnya.

“Ha’ah lah. Minggu depan exam lebih kurang dua minggu. Lepas tu dah cuti. Aku terima maaf kau. Dan aku pun nak mintak maaf kat kau jugak. Semoga berjaya dalam exam minggu depan. Assalamualaikum.” , aku membebel panjang.

Belum sempat Amin menyambung kata-katanya , Fathia telah pergi meninggalkannya seorang diri.

OLDER POST / NEWER POST